Ketamakan Di Wall Street/Wang Malaysia – DIDEDAHKA!

Tidak dihormati? Sikap tamak orang Malaysia menaja filem di Wall Street telah dilancarkan pada Hari Krismas di US.

Tidak dihormati? Sikap tamak orang Malaysia menaja filem di Wall Street telah dilancarkan pada Hari Krismas di US.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Isteri PM, Rosmah Mansor, diketahui menggalakkan setiap pelajar di Malaysia harus ditayangkan sebuah filem lakonan Leonardo di Caprio, The Wolf of Wall Street, sebagai amaran pada mereka mengenai sikap tamak dan nilai-nilai lain yang tidak bermaruah.

Seseorang mungkin tertanya-tanya bagaimana dia mencadangkan bahawa sesebuah filem yang telah diberikan kedudukan filem lucah berdasarkan keluasan penggunaan babak-babak keganasan dan seksual, yang merangkumi babak-babak pengambilan dadah dan seks bebas itu?

Para pembikin filem telah memberikan kebenaran kepada pengarah Martin Scorcese untuk membikin filem selucah yang dia suka, maka ianya akan menghadkan penonton Amerika kepada melebihi usia 17 tahun ke atas kecuali ditemani oleh orang dewasa yang sesuai.

Kos pembikinan juga turut menjadi persoalan.

Riza Aziz (kiri) dilaporkan sebagai sumber kewangan di sebalik Red Granite Pictures

Riza Aziz (kiri) dilaporkan sebagai sumber kewangan di sebalik Red Granite Pictures

Di beberapa sekolah di negeri Sarawak para pelajarnya tidur besebelahan rakan-rakan di bawah bumbung asrama yang bocor kerana kekangan kewangan untuk kerja-kerja baikpulih asrama-asrama sekolah.

Namun pra-tonton sebuah filem yang baru itu dianggarkan melibatkan perbelanjaan yang keterlaluan kepada sebuah syarikat pengeluar.

Mungkin isteri PM yang berkuasa itu akan mempastikan bahawa syarikat pengeluar filem itu adalah milik rakyat Malaysia sepenuhnya, agar wang awam digunakan sepenuhnya untuk menyokong usahaniaga tempatan.

Apa yang lebih ketara, syarikat pengeluar di sebalik The Wolf of Wall Street, Red Granite Pictures, itu dipengerusikan dan dibiayai oleh anak lelakinya sendiri Riza Aziz (Riza Shahriz Bin Abdul Aziz), suatu fakta yang kurang diketahui kebanyakan orang Malaysia.

Red Granite Pictures ditubuhkan oleh Riza Aziz dalam tahun 2010 dan telah meraih untung menerusi beberapa filem terkenal seperti ‘Friends With Kids’ dan ‘Dumb and Dumber 2’, dan juga The Wolf of Wall Street, yang telah digugurkan dari studio-studio arus perdana.

Dalam kes The Wolf of Wall Street, alasan menggugurkan filem itu adalah kandungannya yang memalukan – Scorcese telah dicaci pada suatu majlis tayangan Akademi, yang menurut beberapa laporan, mengecamnya dengan kutukan “anda sungguh memalukan”!

Babak-babak seks, penyalahgunaan dadah dan keganasan – penaja filem Red Granite termasuk Riza Aziz (kanan)

Babak-babak seks, penyalahgunaan dadah dan keganasan – penaja filem Red Granite termasuk Riza Aziz (kanan)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana mudahnya Riza Aziz menjadi penaja filem-filem Hollywood telah diketahui kepentingannya. Adakah penajaan itu mempunyai kaitan dengan kedudukan keluarga dan rakan-rakaniaga Riza

Anak tiri PM Najib Razak, Riza Aziz, adalah rakan rapat kepada penaja yang suka berfoya-foya yang berkontroversi, Jho Low (Low Taek Jho), bekas graduan jurusan perniagaan UK dan US dari Pulau Pinang, yang bertindak selaku orang barisan hadapan kepada beberapa urusniaga yang mengkagumkan yang dikaitkan dengan Taib Mahmud di Sarawak dan projek cetusan minda Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jho Low sememangnya terkenal dengan gelagat berbelanja mewahnya, mengedarkan minuman Crystal Champagne ketika berpesta di kelab-kelab malam terkemuka dunia bersama-sama wanita-wanita terkenal seperti Paris Hilton dan bintang dari Taiwan Elva Hsiao.

Jho Low telah turut serta semasa pelancaran filem, berposing bersama Riza Aziz dan rakan mereka, Joey Mcfarland, berada di atas pentas, yang seterusnya mencadangkan bahawa mereka berkemungkinan besar mempunyai kaitan dalam pengeluaran filem itu.

Riza Aziz dari Red Granite Pictures dan Joey Mcfarland bersama jutawan penaja Jho Low ketika pelancaran Wolf of Wall Street

Riza Aziz dari Red Granite Pictures dan Joey Mcfarland bersama jutawan penaja Jho Low ketika pelancaran Wolf of Wall Street

Liputan berita di Hollywood mengenai kejayaan Red Granite Picture yang begitu cepat semenjak 2010 sebagai “syarikat terkemuka untuk ditontoni” dalam masa tiga tahun menyebut Riza Aziz secara meluas sebagai ‘anak Perdana Menteri Malaysia’.

Wartawan-wartawan Hollywood menyebut pelancaran filem keluaran Red Granite Pictures di Cannes sebagai “sebuah majlis pelancaran filem paling panas” tahun itu, menjelaskan bahawa Wolf of Wall Street sebagai filem $100 juta.

Seperti yang dilaporkan oleh New York Magazine

Seperti yang dilaporkan oleh New York Magazine

Sarawak Report mencadangkan komen-komen anak tiri Najib itu bahawa wangnya adalah wang keluarganya, dan bahawa dia juga bertanggungjawab pada ‘bapanya’ Perdana Menteri, yang memberinya ‘restu’.

 

 

 

 

Riza Aziz (kiri) berposing bersama ibunya Rosmah dan saudara-saudaranya

Riza Aziz (kiri) berposing bersama ibunya Rosmah dan saudara-saudaranya

Jika Malaysia direstui dengan media bebas ini sudah mencukupi untuk memprovokasikan beberapa persoalan bagaimana anak Rosmah Mansor ini berjaya mendapatkan ratusan juta dollar untuk membiayai filem-filem utama dari Hollywood itu?

Ini kerana, jika wang itu datangnya dari Najib, bagaimana mudahnya Perdana Menteri itu menjadi terlalu mewah?

Ini bukanlah suatu persoalan yang menjadikan ketua BN Malaysia itu selesa, yang kini sedang dibelengu skandal sogokan pembelian kapal selam Scorpene yang akan dibicarakan di mahkamah Peranchis atas pembayaran berjumlah €119 juta kepada sebuah syarikat Malaysia yang dikendalikan oleh juru runding peribadinya, Razak Baginda.

Bagaimana mudahnya Riza Aziz menjana pendapatannya sendiri?

Sarawak Report telah mendapati mengenai kerjaya Riza Aziz setelah dia tamat pengajian di London School of Economics dalam tahun 2000. Dia kemudiannya bekerja sebagai konsultan pengurusan di KPMG selama dua tahun sehingga 2002 dan kemudian menyertai HSBC London dari tahun 2005 sehingga mereka mengalami kerugian dalam tahun 2008.

CV pelaburan milik pegawai perbankan multi-jutawan?

CV pelaburan milik pegawai perbankan multi-jutawan?

 

 

 

 

 

 

 

Menurut Pihak Financial Services, Riza Aziz diambil bekerja menjawat jawatan yang bukan utama dalam HSBC selama lima tahun, walaupun dia mengatakan bahawa dia berhenti pada tahun 2008. CV kerjayanya amat meyakinkan, namun bagi seorang lelaki yang tidak mewarisi wang keluarga dari ibu dan bapanya (yang bekerja sebagai birokrat) ‘kerjayanya’ tidak menjelaskan sumber kewangannya.

‘Pelabur’, Riza Aziz

‘Pelabur’, Riza Aziz

Secara meragukan anak muda Malaysia itu kini telah menimbulkan beberapa komen walaupun di tengah-tengah kotaraya kapitalis New York, di mana dia telah didapati membeli rumah mewah 7 bilik tidur pada harga $33.5 juta di zon pintar kotaraya itu.

Riza Aziz tidah berahsia mengenai kaitannya dengan Malaysia

Riza Aziz tidah berahsia mengenai kaitannya dengan Malaysia

Namun, akhbar-akhbar lain di Hollywood membincangkan cara lain punca pendapatan, dalam bentuk pelabur pihak ketiga. Akhbar LA Times mengulangi cerita bahawa Red Granite Pictures projek-projek perfileman yang tidak digemari oleh studio-studio lain kerana mereka anggap sebagai terlalu bahaya.

Ianya memberikan gambaran bahawa anak-anak muda yang berkeyakinan tinggi mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan sewenang-wenangnya. Pembantu pengeluar Joey Mcfarland telahpun mengesahkan bahawa wang itu datangnya pada Riza Aziz.

Cita-cita perfileman Joey Mcfarland menjadi kenyataan kerana wang rakyat Malaysia dan juga Riza Aziz

Cita-cita perfileman Joey Mcfarland menjadi kenyataan kerana wang rakyat Malaysia dan juga Riza Aziz

Rakyat Malaysia harus tahu bahawa anak tiri PM itu mempunyai segala akses pada kewangan yang besar untuk menghadapi suatu risiko perniagaan yang amat besar. Terdapat desas-desus di KL bahawa beberapa syarikat dari Malaysia adalah di kalangan syarikat-syarikat yang digalakkan untuk melabur dalam filem Wolf of Wall Street.

Adakah Jho Low dikatakan sebagai pembiaya utama projek perfileman ini?
Pembiaya itu yang amat gemar pada filem-filem dan perhubungan dengan Leonardo di Caprio sememangnya telah terjalin sebelum adanya Red Granite Pictures.

‘Lelaki Bermisteri Antarabangsa’

‘Lelaki Bermisteri Antarabangsa’

Bagaimana terjalinnya hubungan dengan Jho Low yang telah mengenali Leonardo di Caprio dan projek perfilemannya mengenai ‘Modern Day Caligula’ kepada syarikat Red Granite Pictures dan Riza Aziz?

Berpesta bersama Paris Hilton di San Tropez

Berpesta bersama Paris Hilton di San Tropez

Jika benar, ianya membuka suatu prespektif baru pada hubungan Jho Low dengan Najib Razak dalam projek 1MDB mereka, sebuah bank pembangunan yang telah menjana berbilion-bilion ringgit bon menerusi bon yang tidak didedahkan, di antaranya menerusi Goldman Sachs.

Pelaburan 1MDB menjadi begitu berkontroversi, berfokus terutamanya pada usaha membeli syarikat-syarikat tenaga yang telah usang, yang menghadapi persoalan di segi nilai dalam membangunkan negeri-negeri di Malaysia.

Salah sebuah pelabur yang terbabit dengan 1MDB adalah syarikat berprofil rendah dari Timur Tengah Petro-Saudi yang juga merupakan pembeli apabila keluarga Taib menjualkan pelaburan mereka dalam UBG Bank dalam tahun 2011.

Jho Low sendiri telah pada mulanya terbabit dengan UBG, menyertai pertubuhan itu sebagai Pengarah dalam tahun 2008 setelah pembelian saham utama, bagi pihak syarikat Abu Dhabi, Majestic Masterpiece.

 

Salah seorang dari ‘jutawan’ terkemuka, berusia sekitar 20-an, Jho Low memiliki Jynwell Capital

Salah seorang dari ‘jutawan’ terkemuka, berusia sekitar 20-an, Jho Low memiliki Jynwell Capital

Ramai pihak tertanyak jika hubungan pemain-pemain politik utama di Malaysia dan hubungan mereka dengan anak tiri PM mungkin menjelaskan mudahnya Jho Low akses pada sumber pendapatan pelaburan, atau adakah dia sekadar bertindak selaku orang barisan hadapan untuk pihak lain?

Dalam pada itu, sebuah syarikat pengeluar filem utama Hollywood, Motion Picture Corporation of America (MPCA), kini sedang menyaman Red Granite Pictures kerana melanggari perjanjian berkenaan pembelian sebuah filem ‘yang dilanda masalah’, sebuah filem komedi sekuel yang popular dalam tahun 90-an, Dumber and Dumber.

“mengguna wang keluarga PM Malaysia untuk memerah mereka” ..

“mengguna wang keluarga PM Malaysia untuk memerah mereka” ..

Dalam keterangan perundangan yang difailkan dalam mahkamah, pengeluar-pengeluar filem veteran Steve Stabler dan Brad Krevoy yang memilik MCPA mengatakan bahawa Riza Aziz dan Mcfarland dikatakan telah mencuri idea asal mereka itu.

“Tindakan Mcfarland and Riza Aziz akan menyebabkan Red Granite Pictures tumbang”

“Tindakan Mcfarland and Riza Aziz akan menyebabkan Red Granite Pictures tumbang”

Serangan itu memperkuatkan lagi hubungan dengan Jho Low. Orang-orang Malaysia ingin tahu mengenai pesta-pesta yang dihadiri oleh Jho Low itu juga turut ada kaitan dengan Riza Aziz, menurut keterangan perundangan itu.

Ketamakan dan cemburu?

Ketamakan dan cemburu?

Ini kerana sebahagian besar dari pinjaman awam yang berkontroversi telah diperolehi bagi pihak Najib (yang juga Menteri Kewangan) dan projek bank pembangunan 1MDB cetusan ideanya, di mana Jho Low terlibat secara utamanya di situ.

Tidak semua orang akan mentafsir filem itu sebagai pengajaran moral, sepertimana dicadangkan oleh Rosmah Mansor.

Sebenarnya Wolf of Wall Street mungkin berjaya menjadikan sikap tamak, boros berbelanja dan penipuan sebagai tindakan-tindakan berglamor.

Ramai penonton akan menyaksikan bagaimana di Caprio menjana jutaan dollar dalam kegiatan-kegiatan rasuah dan terbabit dalam tingkahlaku yang tidak bermaruah, melarikan diri ke dalam dunia penuh kepura-puraan di mana kemewahan digambarkan sebagai tiada hadnya.

Filem-filem seperti ini tidak membawa makna pada mesej Hari Krismas. Filem-filem ini menjadikan minda penontonnya korup dan menggalakkan mereka mencuba nasib dalam dunia perjudian kewangan.

‘glamor’ untuk tamak

‘glamor’ untuk tamak

Dalam masa pihak box office meraih untung dari pengeluaran file mini, syarikat Red Granite Pictures akan menghadapi tuduhan mengeksploitasi sikap tamak, bukan menentangnya.
Dengan kemewahan haram untuk membiayai filem pertamanya ini rejim BN dan juga Rosmah Mansor yang boros berbelanja turut digambarkan secara ironinya.

Bersama Adam Scott dari penjana pertama pada Red Granite “Friends With Kids”

Bersama Adam Scott dari penjana pertama pada Red Granite “Friends With Kids”

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments