Soalan-Soalan Peguam Kami Kepada Protection Group International

Pada hujung minggu in pasukan peguam untuk Sarawak Report telah menghantar sepucuk surat segera menerusi emel kepada firma “kelesamatan saiber” yang diupah oleh PetroSaudi International (PSI) dan memetik laporan New Straits Times.

Mereka memohon pengesahan pada kenyataan-kenyataan yang ditujukan kepada mereka dalam dua buah artikel terbitan New Straits Times, dalam laporan ‘eksklusif’ berhubung penangkapan Xavier Justo di Thailand.

Kini kami menerbitkan perhubungan di bawah dan masih menunggu sebuah respon sebagai permulaan prosiding-prosiding selanjutnya:

Surat daripada Reed Smith LLP, London

Tuan-tuan,

Kami bertindak untuk Clare Rewcastle-Brown, yang, seperti tuan-tuan sedia makluma, adalah seorang wartawan bersiasatan dan pengasas Sarawak Report.

Kami menulis kepada tuan-tuan berkaitan dua buah artikel yang diterbitkan dalam portal New Straits Times Online dan yang dapat diakses menerusi pautan-pautan berikut:

Thai police nab PetroSaudi ex-staff over attempted extortion :www.nst.com.my/node/89480

Who is Xavier Andre Justowww.nst.com.my/node/89623

Perenggan berikut disiarkan dalam artikel pertama:

Sebuah firma keselamatan saiber, Protection Group International (PGI), telah diupah untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap sumber data yang diterbitkan dalam internet, dan juga untuk mengesahkan keasliannya.

Siasatan-siasatan ini mendedahkan bukti yang jelas kecurian sistematik ke atas data rahsia syarikat dilakukan oleh Justo menjelang persaraannya dari syarikat PetroSaudi. Tambahan pula, analisa menunjukkan bahawa data itu telah diganggu setelah ianya dicuri dari PetroSaudi.

Adalah dipercayai bahawa kebanyakan data yang telah diganggu itu seterusnya diterbitkan dalam Sarawak Report dan digunakan sebagai dakwaan yang tidak tepat untuk menentang 1MDB.

Seorang pakar dari PGI mengatakan:

“Siasatan kami sedang giat dijalankan, namun jelas kami melihat kes ini adalah kecurian berskala besar, dan analisa kami bersetuju bahawa Justo adalah sumber data yang diterbitkan dalam Sarawak Report.

“Sebagai contoh, apabila kami melihat ke dalam fail PowerPoint yang diterbitkan dalam salah satu entri Sarawak Report, kami mendapati bukti dalam metadata fail itu bahawa ianya telah dikendalikan oleh seorang pengguna “xavierj” dalam tahun 2013: dua tahun setelah Justo meninggalkan PetroSaudi, dan setelah empat fail itu dibuat oleh sebuah firma guaman yang menasihati PetroSaudi.

“Ianya juga jelas bahawa data yang telah dicuri itu sebagai set yang tidak lengkap, dan telah menjalani proses suntingan setelah ianya dikeluarkan dari sistem PetroSaudi, dan sebelum ianya diterbitkan dalam internet. Terdapat banyak yang tidak konsisten antara data yang diterbitkan dan fail-fail yang masih wujud dalam PetroSaudi dalam tempoh masa itu. Pendek kata, data itu tidak lengkap, telah dipilih secara kreatif dan disunting mengikut kehendak kerja-kerja bernaratif.

“Kesemua kes ini adalah terlalu biasa dan malangnya kami telah menguruskan banyak kes seperti ini dahulu; di mana seorang pekerja yang tamak telah memadamkan data berahsia dan mengancam untuk menerbitkannya atau telah menerbitkannya untuk faedah diri sendiri – di segi kewangan atau sebagainya. Data yang diterbitkan telah disunting secara berselektif dan bukannya pemalsuan yang tidak kerap, dalam usaha untuk mewujudkan cerita yang lebih merosakkan.

“Kes ini hampir serupa dengan padanan buku teks pada profil itu. PetroSaudi, seperti juga syarikat-syarikat lain, individu-individu atau kerajaan-kerajaan yang pernah kami saksikan, dan tanpa ragu-ragu akan menyaksikan sebelum mereka, akan menjadi mangsa penilaian yang tidak adil akibat serangan kurang bermaklumat tepat di internet. Dalam kes ini, bermula dari cerita mudah seorang pekerja yang ingin mendapatkan faedah untuk dirinya, telah berkembang menjadi tuduhan-tuduhan liar bermotifkan politik menerusi blog-blog internet yang tidak bertanggungjawab.

“Kesemua siasatan yang telah kami lakukan setakat ini membolehkan saya mengatakan bahawa, dari sudut forensik dan kepakaran kami, maklumat [berhubung isu ini] yang telah diterbitkan dalam internet harus dianggap sebagai tidak selamat dan tidak boleh dipercayai oleh sesiapa yang ingin membuat kesimpulan darinya,” katanya …

Dalam pada itu, PGI mengatakan bahawa mereka akan menyerahkan bukti kepada pihak-pihak berkuasa sementara inkuiri mereka sedang diteruskan bagaimana fail-fail dalam komputer PetroSaudi itu boleh diakses dan disunting.

Begitu juga, artikel yang kedua menyatakan bahawa:

PGI juga mengesahkan bahawa dokumen-dokumen dalam Sarawak Report telah diubah secara kreatif.

Sila sahkan dalam jawapan tuan-tuan:

  1. sama ada petikan yang ditonjolkan dengan warna merah itu tepat secara keseluruhannya dan petikan tidak disunting diberikan oleh seorang dari kakitangan tuan-tuan; jika tidak, sila sahkan secara tepat yang manakah petikan yang tidak tepat dan/atau telah disunting dan berikan butir-butir yang lengkap berkenaan teks yang telah dipadamkan;
  2. identiti “pakar dari PGI” yang telah memberikan petikan yang dirujukkan itu jika petikan itu telah diberikan; dan
  3. sama ada tuan-tuan menganggap kata-kata di atas yang ditonjolkan dalam warna biru itu sebagai rumusan siasatan tepat keseluruhannya; jika tidak, sila sahkan secara terperinci bahawa ianya tidak tepat.

Saya yang benar

Reed Smith LLP

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments