PENEMUAN BERSENSASI! – Akaun-Akaun PM Najib Dikaitkan Dengan Pergerakan Wang 1MDB EKSKLUSIF DARI MALAYSIA!

CEO Aabar, Mohamed Badawy al-Husseiny, juga selaku Pengerusi Bank Falcon semasa transaksi berjuta-juta dollar ke dalam akaun Najib dan dia masih menganggotai Lembaga Pengarah bank milik Aabar/IPIC

CEO Aabar, Mohamed Badawy al-Husseiny, juga selaku Pengerusi Bank Falcon semasa transaksi berjuta-juta dollar ke dalam akaun Najib dan dia masih menganggotai Lembaga Pengarah bank milik Aabar/IPIC

Dalam sebuah perkembangan mengejutkan umum dimaklumkan bahawa para penyiasat telah mengesan berbillion-billion ringgit dikaitkan dengan pergerakan wang 1MDB ke dalam akaun-akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Bin Abdul Razak.

Dari kalangan beberapa siri transaksi utama sejumlah RM42 juta telah dikenalpasti sebagai mengalr keluar dari sebuah syarikat yang dikaitkan secara berkontroversi dengan 1MDB, iaitu SRC International Sdn Bhd, ke dalam akaun-akaun peribadi milik Perdana Menteri.

Akaun-akaun peribadi ini dikendalikan menggunakan nama “Dato’ Sri Mohd Najib Bin Haji Abdul Razak” di bank AmPrivate Banking di Kuala Lumpur.

Lebih bersesasi lagi, sejumlah USD$681,999,976 (RM2.6 billion) telah dipindahkan atas talian secara berasingan dari cawangan Falcon Bank Switzerland di Singapura milik dana Abu Dhabi kendalian Aabar ke dalam akaun AmBank peribadi Perdana Menteri di Kuala Lumpur, pada bulan Mac 2013, awal sedikit dari pembubaran Pilihanraya Umum itu.

Peguam Negara Abdul Gani Patail – sudah ada maklumat di atas mejanya

Peguam Negara Abdul Gani Patail – sudah ada maklumat di atas mejanya

Dana Aabar Investments telah dikaitkan pada banyak transaksi melibatkan 1MDB.
Pemindahan dana dari bank Falcon ke dalam akaun Najib dilakukan beberapa hari selepas pemeteraian penjanjian”usaha sama strategic” antara Malaysia dengan Abu Dhabi pada 12 Mac 2013.

Ini menyebabkan pengeluaran bon USD$3 billion dijamin oleh Kerajaan Malaysia sebagai sebahagian dari “usaha sama 50-50 antara 1MDB dan Aabar” untuk membangunkan projek Tun Razak Exchange.

Namun, timbul banyak pertayaan sejak berkenaan apa akan berlaku pada wang itu; berkenaan kegagalan membangunkan projek TRX dan berkenaan kenapa Aabar sendiri tidak menyumbang, seperti dijanjikan, kepada usahasama itu?

Bergambar untuk mempromosikan “Usahasama Strategik” beberapa hari sebelum pemindahan wang dari Falcon dan tiga minggi sebelum parlimen dibubarkan Perdana Menteri Najib Razak; CEO 1MDB (Shahrol Halmi); Pengerusi 1MDB (Lodin Wok Kamaruddin); Pengerusi bank Falcon and CEO Aabar (Mohamed Badawy al-Husseiny) dan Pengerusi Aabar (Khaddem Al Qubassi).

Bergambar untuk mempromosikan “Usahasama Strategik” beberapa hari sebelum pemindahan wang dari Falcon dan tiga minggi sebelum parlimen dibubarkan Perdana Menteri Najib Razak; CEO 1MDB (Shahrol Halmi); Pengerusi 1MDB (Lodin Wok Kamaruddin); Pengerusi bank Falcon and CEO Aabar (Mohamed Badawy al-Husseiny) dan Pengerusi Aabar (Khaddem Al Qubassi).

Maklumat perbankan aneh mengejutkan telah diterima oleh beberapa penguatkuasa utama undang-undang di Malaysia, termasuk Peguam Negara.

Ianya mencipta beberapa siri perkaitan antara projek-projek 1MDB dan kewangan peribadi Perdana Menteri dan ianya mengubah siasatan 1MDB ke arah krisis politik paling buruk di Malaysia pernah dilakukan.

Wang yang diambil daripada SRC International merupakan pendedahan yang mengejutkan, kerana wang ini diberi pinjamkan oleh dana persaraan awam KWAP dan tidak pernah diakaunkan.

SRC International Sdn Bhd telah ditubuhkan di bawah naungan 1MDB dalam bulan Julai 2011 and dipengerusikan Nik Faisal Ariff Kamil, kenalan rapat pada Jho Low, seorang bekas ketua pegawai pelaburan bank UBG dari Sarawak yang dibawa ke 1MDB.

Akaun-akaun peribadi Najib telah diketengahkan dalam usaha mencari wang berbillion-billion yang hilang dari 1MDB

Akaun-akaun peribadi Najib telah diketengahkan dalam usaha mencari wang berbillion-billion yang hilang dari 1MDB

Dalam tahun 2010 Nik Faisal merupakan ‘pegawai perhubungan’ antara UBG, 1MDB dan PetroSaudi dalam usaha menyalurkan wang 1MDB berjumlah USD$260 juta untuk pembelian UBG daripada Jho Low dan bekas Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Bin Mahmud.

Nik Faisal kemudiannya dipindahkan untuk menjawat jawatan CEO dalam anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

SRC International telah dengan segera mencetuskan kontroversi dalam tahun 2011 dengan meminjam RM4 billion daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

Pada tahun-tahun berikutnya para pengkritik politik 1MDB telah menekan kerajaan untuk memahami ke manakah wang itu pergi dan telah berulangkali mengadu berkenaan kekurangan maklumat yang diberikan menerusi penyata dan akaun-akaun syarikat itu.

Tidak lama kemudian Perdana Menteri, yang telah menjadikan SRC di bawah kawal selia Kementerian Kewangan, telah mengumumkan dalam bulan Mac bahawa kebanyakan wang itu telah dilaburkan dalam sebuah loji tenaga arang batu Gobi Coal di negara Mongolia.

Namun, dokumen-dokumen terkini yang sudah diterima oleh pihak pendakwaan Malaysia, menunjukkan bahawa dalam bulan Februari 2015 SRC International telah memindahkan RM10 juta ke dalam akaun bank yang bernombor 2112022011880 milik “Dato’ Sri Mohd Najib Bin Haji Abdul Razak” dalam bank AmPrivate di Kuala Lumpur.

Pemindahan wang dalam bulan Februari tahun ini dari SRC International ke dalam akaun peribadi Najib Tun Razak

Pemindahan wang dalam bulan Februari tahun ini dari SRC International ke dalam akaun peribadi Najib Tun Razak

Begitu juga, pada 26hb Disember 2014, dua transaksi awal telah dilakukan ke atas RM27 juta dan RM5 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadi di AmBank bagi nombor akaun 2112022011906 yang dimiliki oleh “Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak”.

Pemindahan wang di penghujung Disember daripada akaun peribadi milik Najib

Pemindahan wang di penghujung Disember daripada akaun peribadi milik Najib

Pemindaham wang dari SRC Inernational ke akaun peribadi Najib telah dilaporkan secara terperinci dan juga berada di dalam tangan akhbar kewangan antarabangsa Wall Street Journal.

Sarawak Report juga telah mendapat beberapa salinan dokumen-dokumen berhubung ke situ, yang menyokong bahawa dari sejumlah RM50 juta yang dipindahkan dari SRC International, rM42 juta telah dimasukkan ke dalam akaun-akaun peribadi milik Perdana Menteri.

Penemuan-penemuan itu mengetengahkan pemindahan jelas wang dari bank AmBank Islamic milik SRC International bernombor 2112022010650 menerusi dua syarikat Malaysia ke dalam dua dari akaun-akaun peribadi milik Najib di AmBank Group.

Pemindahan itu pada awalnya disalurkan dari 1MDB / SRC International Sdn Bhd milik Kementerian Kewangan, di mana Pengarahnya adalah Nik Faisal Ariff Kamil, ke syarikat kedua, Gandingan Mentari Sdn Bhd, di mana Nik Faisal juga berperanan selaku Pengarahnya dan SRC International Sdn Bhd juga pemegang utama saham-sahamnya.

Akaun ini, bernombor 8881003806948, juga dipegang dalam bank AmBank Islamic.

Peranan utama Nik Faisal Ariff Kamil di SRC International dan syarikat pemindahan, Gandingan Mentari Sdn Bhd

Peranan utama Nik Faisal Ariff Kamil di SRC International dan syarikat pemindahan, Gandingan Mentari Sdn Bhd

Kemudian wang itu dipindahkan ke sebuah lagi syarikat, Ihsan Perdana Sdn Bhd, di mana para pemegang utama saham modal berjumlah RM100,000 adalah Datuk Suboh Bin Mohd Yassin dan juga Nik Faisal Ariff Kamil.

Ihsan Perdana S/B adalah merupakan syarikat kedua dalam pengaliran wang itu dengan Affin Bank

Ihsan Perdana S/B adalah merupakan syarikat kedua dalam pengaliran wang itu dengan Affin Bank

Akaun Ihsan Perdana yang bernombor 106180001108 yang diletakkan dalam sebuah lagi bank Malaysia, bank Affin Islamic, di mana salah seorang ahli Lembaganya, Lodin Wok Kamaruddin, merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah dalam 1MDB.

Lodin Wok Kamaruddin merupakan Pengerusi dalam 1MDB dan juga selaku Ahli Lembaga Pengarah dalam Affin Bank

Lodin Wok Kamaruddin merupakan Pengerusi dalam 1MDB dan juga selaku Ahli Lembaga Pengarah dalam Affin Bank

Dua hari selepas pemindahan pertama menjelang perayaan Krismas, kebanyakan dari RM40 juta yang asalnya telah dipindahkan dalam dua peringkat, ke dalam dua akaun berasingan Najib.

RM27 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadinya di AmPrivate Banking bernombor 2112022011880 dan RM5 juta lagi dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dalam bank yang sama yang bernombor 2112022011906.

Siasatan menunjukkan siri kedua pembayaran itu, yang dilakukan dalam bulan Februari ini, berikutan corak transaksi yang serupa.

Pada transaksi kali ini SRC International menjelaskan bayaran pertama RM5 juta pada 5hb Februari 2015 kepada syarikat kawalan Nik Faisal, Gandingan Mentari Sdn Bhd. Kemudian pada 6hb Februari RM5 juta lagi dimasukkan ke dalam akaun yang sama.

Wok Lodin dan pasukannya di bank Affin Islamic

Wok Lodin dan pasukannya di bank Affin Islamic

Setiap jumlah itu telah dipindahkan dengan segera pada hari yang sama ke dalam akaun Ihsan Perdana pada hari yang sama seperti sebelumnya di bank Affin Islamic.

Kemudian pada 10hb Februari, kedua-dua jumlah itu, RM10 juta, telah dimasukkan ke dalam akaun bank AmPrivate Banking yang digunakan dalam transaksi terdahulu – akaun bernombor 2112022011906, yang didaftarkan di bawah nama “Dato’ Sri Mohd Najib Bin Haji Abdul Razak”.

Dokumen-dokumen pemindahan itu menyatakan kegunaan wang itu sebagai tidak jelas “untuk program tanggungjawab sosial dan korporat [CSR]”. Mengapakah program ini dilaksanakan menggunakan akaun peribadi seorang Menteri bertanggungjawab ke atas ssebuah syarikat menggunakan dana persaraan kebangsaan tetap tidak jelas.

Falcon Bank ditubuhkan atas budibicara memberikan khidmat kepada golongan maha kaya. Ianya dimiliki oleh Dana Aabar dari Abu Dhabi.

Falcon Bank ditubuhkan atas budibicara memberikan khidmat kepada golongan maha kaya. Ianya dimiliki oleh Dana Aabar dari Abu Dhabi.

Transaksi luar biasa seterusnya dinyatakan dalam siasatan ini ke dalam 1MDB akan menarik perhatian pengawal kewangan antarabangsa dan juga Amerika Syarikat, bukan kerana saiz transaksinya, tetapi kerana ianya terdiri dari matawang US menerusi bank Wells Fargo di New York.

Para pengikut perkembangan skandal 1MDB dari Malaysia tahu akan nama-nama yang dikaitkan dengan 1MDB dan Jho Low di dana Aabar dari Abu Dhabi adalah berhubung rapat.

Khadem al-Qubaisi, bekas pengerusi Falcon Bank dan Aabar dan juga merupakan CEO dalam IPIC

Khadem al-Qubaisi, bekas pengerusi Falcon Bank dan Aabar dan juga merupakan CEO dalam IPIC

Falcon Bank, yang telah memindahkan sejumlah wang yang amat besar pada bulan Mac 2013, merupakan sebuah bank persendirian dari Switzerland, yang telah dibeli oleh IPIC (di mana Aabar merupakan anak syarikatnya) dalam tahun 2009.

Pengerusi asal Lembaga Pengarah dalam Falcon bank adalah Khadem al-Qubaisi, Aabar dan juga CEO dalam IPIC, berada di tengah-tengah beberapa siri urusniaga berkontroversi dengan 1MDB dan usahsama persendirian yang berterusan dengan Jho Low.

Khadem telah dilucutkan dari jawatan-jawatan rasminya di Abu Dhabi awal tahun ini berikutan beberapa siri pendedahan dalam Sarawak report berhubung urusannya dengan 1MDB, kemewahan melampaunya dan kegiatan sosialnya dalam kelab-kelab malam – dan juga bayaran bermisteri berjumlah USD$20 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dari syarikat Good Star dalam tahun 2012.

Good Star dikendalikan oleh peniaga Jho Low yang dikaitkan dengan 1MDB dan merupakan penerima sejumlah wang sebanyak USD$1.19 billion dari usahasama PetroSaudi, menurut suatu siasatan yang dilakukan oleh Sarawak Report.

Kedudukan Khadem selaku Pengerusi dalam Falcon kemudiannya diambilalih oleh CEO dalam Aabar, Mohd Badawy Al-Husseiny.

Kedua-dua lelaki ini dikaitkan terus dengan semua urusniaga terdahulu antara Aabar Investments dan 1MDB dan Badawy Al-Husseiny merupakan penjawat jawatan Pengerusi dalam Falcon ketika pemindahan beratus-ratus juta dollar dimasukkan ke dalam akaun Najib dalam bulan Mac 2013 dahulu.

Lagi banyak urusniaga membabitkan Aabar di bawah Khadem dan Badawy – pembelian RHB oleh Aabar dalm tahun 2011

Lagi banyak urusniaga membabitkan Aabar di bawah Khadem dan Badawy – pembelian RHB oleh Aabar dalm tahun 2011

Sememangnya Badawy tetap berada dalam Lembaga Pengarah Falcon hingga ke hari ini dan masih selaku CEO Aabar, yang merupakan anak syarikat IPIC, yang telah ditebus secara berkontroversi keluar dari 1MDB dengan bersetuju untuk menjelaskan hutang USD$1 billion dan sanggup menanggung kerugian bayarabn sebanyak USD$3.5 billion lagi, sebagai membalas budi pada “asset” yang dijanjikan yang belum lagi ditentukan dalam Bursa Saham London.

Walaupun janji Kerajaan Malaysia bahawa ia tidak akan menjamin pinjaman seterusnya kepada 1MDB, Bursa London telah mengumumkan bahawa Perdana Menteri itu telah melaksanakan komitmen kepada IPIC dalam perjanjian yang telah diterbitkan itu.

Hubungan yang rapat – Riza Aziz dan Jho Low semasa pelancaran Wolf of Wall Street – dikatakan dibayar oleh CEO Aabar yang juga Pengerusi Falcon Bank, Badawy Al-Husseiny

Hubungan yang rapat – Riza Aziz dan Jho Low semasa pelancaran Wolf of Wall Street – dikatakan dibayar oleh CEO Aabar yang juga Pengerusi Falcon Bank, Badawy Al-Husseiny

Yang menariknya, Badawy, setelah tercetusnya spekulasi selama beberapa bulan, akhirnya telah tampil ke hadapan untuk mendakwa bahawa dia sendiri telah melaburkan USD$100 juta dalam filem Wolf of Wall Street diusahakan olej Red Granite Production, milik anak tiri Najib (anak Rosmah mansor).

Tiada seorang pun dapat menjelaskan bagaimana seorang pegawai bergaji bulanan seperti Badawy mampu menjelaskan wang pelaburan sekali gus pada projek filem pertama kendalian anak seorang pelanggan.

Pemindahan wang oleh cawangan Falcon Bank di Singapura ke akaun peribadi Najib Razak dilakukan beberapa hari sebelum pembubaran parlimen adalah amat mengejutkan.

Pada 21hb Mac 2013 sebanyak USD$619,999,988 telah dikeluarkan dari akaun bernombor 8550299001 di Falcon Private Bank di Singapura, yang tekah didaftarkan dengan nama Tanore Finance Group di BVI.

Wang ini telah dipindahkan ke sebuah lagi akaun peribadi yang didaftarkan dengan nama “Dato’ Sri Najib Bin Hj Abdul Razak” di AmPrivate Banking di Malaysia. Nombor akaun berkenaan adalah 2112022009694.

Ratusan juta dollar telah dipindahkan dari sebuah syarikat BVI di Falcon bank (Tanore Finance Corp) ke dalam akaun peribadi pegangan Najib di AmPrivate Banking

Ratusan juta dollar telah dipindahkan dari sebuah syarikat BVI di Falcon bank (Tanore Finance Corp) ke dalam akaun peribadi pegangan Najib di AmPrivate Banking

Dokumentasi itu juga menunjukkan bahawa bayaran kedua telah dibuat empat hari kemudian pada 25hb Mac 2013, menerusi saluran transaksi yang sama, berjumlah USD$60,999,988 ke dalam akaun atas nama Najib.

Namun, akaun ini telah ditutup, menurut sumber maklumat kami, pada 30hb Ogos tahun berkenaan.

Dalam tempoh itu, adalah bertepatan dengan musim kempen pilihanraya ke-13, di mana isu pembelian undi telah hebat dihebohkan. Persoalan pokoknya, adakah Perdana Menteri telah menggunakan pemindahan wang itu sebagai ‘dana pilihanraya’ peribadinya?

Malah beberapa orang calon UMNO sendiri telah mengatakan bahawa Najib telah memberikan cek peribadinya berniai berjuta-juta dollar, ditandatanganinya, sebagai perbelanjaan kempen pilihanraya.

Turut dipersoalkan juga, sama ada pihak-pihak bank pernah diberitahu kemungkinan terdapat transaksi yang mencurigakan, menurut peraturan pengubahan wang?

Dokumen-dokumen pemindahan wang atas talian menunjukkan berjuta-juta dollar telah dikendalikan menerusi New York oleh bank Wells Fargo, cawangan antarbangsanya.

Pendedahan itu menuntut pihak-pihak penguatkuasa di Singapura, Switzerland dan kini di US untuk memeriksa kegiatan-kegiatan sebuah bank Switzerland yang beroperasi di Singapura menerusi US semasa melakukan pembayaran berjumlah terlampau besar seorang individu yang ada hubungan berpolitik.

Pihak-pihak penguatkuasa Malaysia telah diandaikan sebagai telah lumpuh oleh sikap dan tindakan Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang enggan mendakwa kes-kes melibatkan ahli-ahli kanan UMNO.

Nik Faisal Ariff Kamil – penghubung utama antara 1MDB, Najib dan Jho Low

Nik Faisal Ariff Kamil – penghubung utama antara 1MDB, Najib dan Jho Low

Satu lagi aspek dalam siasatan ini mendedahkan peranan penting rakan karib Jho Low, Nik Faisal Ariff Kamil, dalam kalangan orang-orang penting Najib Razak.

Sepucuk surat daripada Nik Faisal kepada pengurus cawangan AmIslamic Bank di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur yang bertarikh 20hb Januari 2014 mendedahkan pengurusannya berhubung beberapa buah akaun peribadi di bawah nama Najib, merangkumi dua buah yang terbabit dalam siasatan ke atas SRC International.

Nik Faisal telah merujuk kepada tiga akaun, 211202201188-0 / 211202201189-8 / 211202201190-6, di mana dia mendedahkan bahawa dia telah dilantik sebagai “Personel Berwibawa” yang berhak untuk menyimpan wang tunai.

Memandangkan dia dan juga pemegang akaun (Najib Razak) mempunyai jadual-jadual kerja melibatkan “kunjungan-kunjungan ke luar negara dan mesyuarat-mesyuarat”, dia menjelaskan kepada pengurus cawangan bahawa ada kalanya mereka “mungkin tidak dapat hadir untuk melakukan pemindahan atau pembayaran di bank berkenaan”.

Maka dia ingin melantik seorang wakil untuk “menguruskan penyimpanan segera wang tunai ke dalam akaun-akaun sebagaimana diperlukan, termasuk urusan cek-cek dengan arahan saya”.

Pendedahan ini menunjukkan bahawa Nik Faisal bukan sekadar berperanan selaku Pengarah anak syarikat 1MDB, SRC International, namun juga selaku pengurus akaun-akaun peribadi Najib Razak, yang telah menerima wang daripada syarikat itu.

Maklumat terbaru ini, berhubung skandal 1MDB dan yang sedang dilaporkan meluas di arena antarabangsa, dijangka akan mengejutkan komuniti perbankan dan politik Malaysia.

Apa sahaja alasan-alasannya, pemindahan wang yang terlampau besar jumlahnya ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri tetap tidak dapat diabaikan.

Begitu juga, pinjaman awam dari dana wang amanah persaraan yang di bawah tanggungjawab Perdana Menteri yang juga selaku Menteri Kewangan, yang telah membenarkan wang dari SRC International disalurkan ke dalam akaun-akaun peribadinya.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments