PM Lebih Dimalukan Pada Persidangan Anti-Rasuah Di KL ... Sementara Kerajaan Switzerland Campurtangan Dalam Akaun-Akaun 1MDB

Setelah menolak jemputan untuk menyampaikan ucaptamanya dalam Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Kuala Lumpur, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah seterusnya dimalukan dengan komen-komen yang dikemukakan oleh Ketua Eksekutif Transparency International, Jose Ugaz, dalam ucapan pembukaannya hari ini.

Ketua Eksekutif Transparency International Jose Ugaz melayan para pendengar ucapannya di IACC di KL

Ketua Eksekutif Transparency International Jose Ugaz melayan para pendengar ucapannya di IACC di KL

Dengan memetik Malaysia sebagai sedang menghadapi sebuah “krisis rasuah”, Jose Ugaz telah memfokuskan pada persoalan-persoalan yang belum terjawab yang menyelubungi “derma” US$700 juta yang telah suatu ketika dahulu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak dan campurtangan kerajaannya dalam siasatan-siasatan 1MDB.

Pada masa yang sama, berita telah berkembang di negara Switzerland bahawa puluhan juta dollar teah dibekukan oleh pihak-pihak penguatkuasanya pada akaun-akaun milik individu-individu yang ada kaitan dengan 1MDB.

Pejabat Peguam Negara telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang menunjukkan bahawa pembekuan itu dilakukan kerana disaspek berasuah dan jenayah pengubahan wang:

Berita berkembang dengan pantas menerusi media-media sosial

Berita berkembang dengan pantas menerusi media-media sosial

“Tiada seorang akan berada di Malaysia dan tidak menyedari akan tuduhan-tuduhan rasuah paling besar dalam beberapa bulan ini dan bagaimana buruknya jenayah itu pada negara. Terdapat rasuah besar-besaran berlaku di sini.

Ada dua persoalan yang harus dijawab. Siapakah yang membayar wang itu dan mengapa?

Ke mana perginya wang itu. Hanya seorang yang boleh menjawab persoalan-persoalan ini. Jika ini tidak dilakukan maka sebuah siasatan bebas, berkecuali, yang bebas dari campurtangan politik, akan dapat mendedahkan kebenaran. Sebelum ianya menjadi kenyataan, kerajaan tidak boleh mendakwa mereka membanteras rasuah sebagai usaha yang boleh dipercayai.

Kami ingin melihat perkembangan penyelesaian masalah itu, tetapi ianya tidak akan berlaku selagi persoalan mengenai US$700 juta yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. Beberapa minggu yang lalu, kami telah menyaksikan peguam negara yang kritikal terhadap kerajaannya diganti dengan tiba-tiba, pasukan khas penyiasat 1MDB telah digantung, para penyiasat dalam suruhanjaya anti-rasuah ditangkap atau dipindahkan ke jabatan lain, dan portal-portal berita digantung kerana menyiarkan beritanya.

Ini bukanlah tindakan-tindakan wajar sebuah kerajaan yang sering mendabik dada untuk membanteras jenayah rasuah. Kita mungkin sering mendengar janji-janji untuk melaksanakan perubahan. Itu bukanlah yang kita perlukan buat masa ini. Dan janji-janji sahaja tidak akan memberikan keyakinan dan kepercayaan pada rakyat.

Mesej adalah lebih jelas daripada Ketua Eksekutif Transparency International, Jose Ugaz.

Mesej adalah lebih jelas daripada Ketua Eksekutif Transparency International, Jose Ugaz.

Bercakap selaku jurucakap Najib, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low telah memberitahu para delegasi bahawa dia telah sebenarnya menasihatkan Najib suoaya tidak merasmikan persidangan IACC itu kerana khuatir suasana akan menjadi “panas” dan bahawa dia akan menghadapi para “aktivis anti-rasuah yang garang”.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments