Wahai Si Pemboros!

Najib telah menggunakan kedua-dua kad kredit Visa dan Mastercard semasa percutian di tahun 2014

Najib telah menggunakan kedua-dua kad kredit Visa dan Mastercard semasa percutian di tahun 2014

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah membelanjakan US$1 juta menggunakan kad-kad kreditnya pada bulan Ogos musim pilihanraya, menurut suatu sumber yang diterima oleh Sarawak Report.

Perbelanjaan itu dijalankan di Eropah ketika Najib sekeluarga bercuti musim panas.

Bagi kebanyakan orang, berbelanja sebesar itu pada satu-satu percutian adalah melampaui kemampuan seseorng, namun Perdana Menteri Malaysia seringkali enggan menjelaskan mengenai perbelanjaan yang luarbiasa itu.

Perbelanjaan itu telah menggunakan dua kad lredit Najib pada bulan Ogos 2014, sekeping Visa dari CIMB dan sekeping lagi Mastercard Maybank.

Lebih dari RM3.5 juta telah dibelanjakan dari kad-kad kredit Visa dan Mastercard hanya dalam masa sebulan sahaja. Sarawak Report telah mendapat butir-butir perbelanjaan itu.

Hasil berbelanja secara mewah ... mencecah jutaan ringgit ...

Hasil berbelanja secara mewah … mencecah jutaan ringgit …

Ini merupakan maklumat terkini mengenai perbelanjaan luar biasa Najib dan isterinya, namun ianya dilakukan setelah Malaysia dibiarkan tertanya-tanya kenapa dia memindahkan US$650 juta ke luar dari negaranya, wang yang menurutnya sebagai derma untuk UMNO.

Perdana Menteri dan isterinya itu telah menarik masyarkat dunia untuk menilai tindak-tanduk mereka yang luar biasa berhubung kewangan. Di US, Rosmah telah didapati telah berbelanja mewah pada hotel Bel Air, Beverly Hills, ketika bersama anak mereka, Riza Aziz, di musim Krismas 2013 lalu.

Bil untuk penginapan selama seminggu di hotel itu melebihi US$300,000, menurut suatu sumber maklumat kami.

Berbelanja mewah di Hollywood ... namun kebanyakan tetamu tidak akan berbelanja lebih dari US$300,000 pada suatu masa kunjungan

Berbelanja mewah di Hollywood … namun kebanyakan tetamu tidak akan berbelanja lebih dari US$300,000 pada suatu masa kunjungan

Terdapat banyak laporan mengenai perbelanjaan luar biasa besarnya pasangan ‘pertama’ ini termasuk perbelanjaan perkahwinan mencecah berjuta-juta ringgit anak perempuan mereka dan pembelian beberapa buah rumah mewah yang dibuat oleh Riza Aziz di US.

Pada bulan lalu Sarawak Report memperincikan bagaimana Rosmah menceritakan ketagihannya membeli barangan kemas yang bernilai tinggi menerusi ahli perniagaan jutawan yang sama, yang dikenali sebagai proksi kepad Perdana Menteri di 1MDB, Jho Low.

Maka seharusnya mana-mana Perdana Menteri sesebuah negara yang dituntut oleh undang-undang untuk memberikan kenyataan pada dakwa-dakwanya berkenaan penerimaan ‘derma’ pertubuhannya yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan dakwaan-dakwaan berhubung kehilangan berbillion-billion ringgit dari 1MDB yang dipegang sebagai ‘unit-unit’ dalam beberapa buah bank.

Peniaga berlian kuning New York kegemaran Rosmah ...

Peniaga berlian kuning New York kegemaran Rosmah …

Najib Razak telah dengan ketaranya gagal menafikan kenyataan kami minggu lepas bahawa lebih US$650 juta telah dipindah balik dari akaunnya di KL (yang seharusnya merupakan ‘derma’ rahsia dari penyumbang yang tidak dinamakan bagi pihak UMNO) ke dalam akaun di bank Falcon di Singapura dari mana US$681 juta itu berasal.

Kami dimaklumkan bahawa lebih satu billion dollar dari pelbagai sumber dalam akaun bank AmPrivate di KL, milik Najib, dalam tempoh masa mendahului pilihanraya yang disogokkan.

Sejumlah US650 juta merupakan baki wang semasa Najib menutup akaunnya pada bulan Ogos 2013.

Setelah beberapa minggu ini Perdana Menteri berada dalam penafian mengenai kemasukan wang ke dalam akaunnya berjumlah US$681 juta, namun kini tetap membisu seribu bahawa berhubung pendedahan maklumat terkini kami dari mana datangnya baki wang ini berasal.

Najib menjadi pusat tumpuan perhatian semasa menaiki kapal layar milik PetroSaudi dalam tahun 2009

Najib menjadi pusat tumpuan perhatian semasa menaiki kapal layar milik PetroSaudi dalam tahun 2009

Dia juga tidak memberikan sebarang bukti berhubung kebolehpercayaan pada semua perbelanjaan wang itu bahawa menurutnya di telah membelanjakan wang itu bagi pihak UMNO dan bukan “untuk kegunaan peribadinya”.

Sebaliknya, para penyokong dan pengampunya telah mulai menganggap Perdana Menteri Malaysia (tidak seperti seorang Presiden US) sebagai berkedudukan di atas undang-undang dan apa jua niat untuk menyiasat perkara itu harus dianggap ssebagai suatu jenayah.

Para penyokong dan pengampu yang sama juga kini mendakwa bahawa tradisi usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri (yang digunakan sebagai peralatan piawai di mana-mana parlimen di seluruh dunia untuk menyingkirkan pemimpin yang tidak boleh dipercayai lagi) juga harus diambil kira dan tidak sah dan dianggap sebagai peralatan tidak berpelembagaan di Malaysia untuk menentang Najib Razak.

Rakyat Malaysia kebanyakannya akan dipaksa menerima dakwaan serong bahawa wang awam yang telah hilang itu hanya suatu kebetulan sahaja.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments