Jho Low Keluar Belayar Dalam Kapal Mewahnya Ke Timur Untuk Mengadakan Pesta Berbillion Dollarnya MALAM INI – EKSKLUSIF!

Tetamu undangan ke pesta – Jamie Foxx pernah berikrar untuk berahsia, tetapi dia pergi menaiki jet peribadinya untuk menghadiri pesta Jho Low ke Korea Selatan

Tetamu undangan ke pesta – Jamie Foxx pernah berikrar untuk berahsia, tetapi dia pergi menaiki jet peribadinya untuk menghadiri pesta Jho Low ke Korea Selatan

Salah sebuah kapal mewah terbesar di dunia, Equanimity, telah didapati belayar secara senyap-senyap dari pelabuhan Incheon Korea Selatan selepas jam 5 petang hari Jumaat ini, menandakan permulaan pesta berbillion-billion dollar terkini anjuran Jho Low, yang dijadualkan untuk berlarutan sepanjang malam di luar pantai.

Turut sama dalam pelayaran itu adalah para tetamu khas atas undangan seorang pengubah wang paling dikehendaki di Malaysia, Jutawan Muda, Jho Low.

Ini membuktikan bahawa kapal layar mewah, yang dia sering nafikan sebagai miliknya, telah dikeluarkannya untuk sama digunakan bagi tujuan penganjuran pesta anjurannya.

Sarawak Report telah difahamkan bahawa Jho Low telah menjemput kenalan-kenalan Hollywoodnya untuk diupah menghadiri pestanya – sekali lagi untuk meraikan hari jadinya pada awal bulan November ini.

Tetamu undangan yang diupah termasuk Psy

Tetamu undangan yang diupah termasuk Psy

Jho Low dipercayai telah mengupah tidak kurang dari 24 orang ‘tetamu selebriti’ untuk menghadiri pestanya, termasuk dua orang pemenang Anugerah Grammy dan dua orang pemenang Anugerah Oscar.

Bintang tempatan Korea Psy, yang pernah diupah oleh BN Pulau Pinang sempena kempen pilihanraya dahulu, dijangka turut disenaraika sebagai tetamu Jho Low itu.

Namun teman berhibur Jho Low paling rapat, Leonardo di Caprio dijangka tidak akan hadir kali ini. Hubungan kedua-dua anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang alam sekitar dan dermawan ini dikatakan telah menjadi renggang sejak timbulnya persoalan mengenai punca kewangan berbillion-billion dollar Jho Low semakin meningkat dan menjadi umum.

Namun seorang dari tetamu Jho Low yang disenaraikan adalah Jamie Foxx telah dikatakan datang menaiki pesawat peribadinya ke Korea Selatan, menurut rakan-rakan tweeternya menerusi pasukan radio peribadi yang turut dibawa dalam pelayaran itu.

Kate Upton – tarikan berambut perang terkini, dengan Paris Hilton yang akan turut serta juga?

Kate Upton – tarikan berambut perang terkini, dengan Paris Hilton yang akan turut serta juga?

Kami juga mendapati bahawa model bikini dan bintang filem, Kate Upton turut disenaraikan sebagai tetamu selebriti Jho Low.

Upton pernah menghadiri pesta-pesta Jho Low dahulu, bersama rakan niaganya dalam 1MDB, yang juga bekas CEO dalam Aabar, Khadem Al-Qubaisi.

Para tetamu di kalangan selebriti ini dihiburkan di atas kapal layar mewah ini yang boleh memuatkan sehingga 26 orang (di samping memuatkan 28 anak kapal).

Kapal layar mewah itu turut dilengkapkan sebuah kolam renang 20 meter dan dek seluas 91 meter, yang akan digunakan oleh Kate Upton memperagakan tarikannya.

Bila malam berlabuh, kapal layar mewah Equanimity telah meninggalkan pantai Korea dengan selamat, menurut pemantauan kami, dijangka bersedia menyambut hos pesta itu, jutawan Jho Low sendiri, yang dijangka datang dengan sebuah pesawat helicopter dari kubu anti-ekstradisinya di Taiwan.

Kapal layar mewah itu merupakan salah sebuah dari beberapa buah kapal layar mewah di dunia yang dilengkapkan dengan kemudahan pendaratan pesawat helicopter untuk pendaratan Jho Low. Kapal layar itu juga dilengkapkan dengan sebuah jimnasium, spa, bilik mandi Turki, salon kecantikan dan ‘kelab pantai’ peribadi.

Perangai diulangi – Jho Low bersama Paris Hilton di San Tropez, sebelum dia bersara sementara di Taiwan

Perangai diulangi – Jho Low bersama Paris Hilton di San Tropez, sebelum dia bersara sementara di Taiwan

Pesta kali ini, sama seperti pesta yang terdahulu juga, telah dirancang dengan teliti dan penuh kerahsiaan.

Para jemputan dikehendaki menandatangani perjanjian untuk menyimpan rahsia; tidak mendedahkan jemputan ke pesta itu dan bagi jemputan-jemputan yang terpilih, mereka tidak diberitahu mengenai hos pesta itu, yang hanya dikenali sebagai seorang jutawan muda dari Asia.

Gambar, tweet dan juga wawancara di pesta itu juga turut diharamkan.

Jawapannya adalaj Jho Low, yang tidak dapat menolak nafsunya untuk membelanjakan berbillion-billion dollar yang dipesongkan keluar dari dana 1MDB untuk dimasukkan ke dalam akaunnya untuk berhibur, tetapi merasa gentar untuk membiarkan dunia tahu mengenai keadaannya (termasuk tidak hadir di pesta-pesta di New York, di mana tindakan-tindakannya sedangan diperhatikan dan disiasat).

DJ yang hadir bersama-sama bintang Jamie Foxx

DJ yang hadir bersama-sama bintang Jamie Foxx

Butir-butir selanjutnya yang dibocorkan dari pesta itu sekali lagi menunjukkan Jho Low ingin menyembunyikan sifat boros berbelanjanya dengan menggunakan kain rentang ‘dermawan’.

Dia menghadiahkan para tetamunya dengan sejumlah wang US$50,000 untuk dibelanjakan di majlis sumbangsih UN yang mereka pilih dan dipercayai sebagai suatu cara menambahkan tabungannya.

Ini adalah serasi dan konsisten dengan hakikat bahawa Jho Low telah melaburkan wangnya di UN dan beberapa pertubuhan di US beberapa bulan lalu dengan tujuan untuk membeli kekebalan dan kepentingan dan faedah untuk dirinya.

Rakan-rakan senegaranya sendiri, rakyat Malaysia, belum pernah mendapati sesiapa menghulurkan sumbangan sebanyak itu menggunakan wang yang diperolehi dengan cara pemesongan wang dari 1MDB.

Kapal layar penuh berisi minuman champagne dan bunga api? Equanimity telah berlabuh di Incheon sejak awal minggu ini

Kapal layar penuh berisi minuman champagne dan bunga api? Equanimity telah berlabuh di Incheon sejak awal minggu ini

Pesta malam ini menamatkan penafian-penafian Jho Low pada khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa dia adalah pemilik sebenar kapal layar mewah Equanimity, kapal layar ke-39 terbesar di dunia, yang telah dihantar oleh pembina kapal layar Belanda kepada ‘seorang pelanggan Cina’ tahun lepas.

Sarawak Report telah difahamkan bahawa pesta atas kapal layar mewah itu akan dilangsungkan di luar pesisiran Korea Selatan beberapa minggu lalu dan mula menjejaki segala pelayaran kapal layar itu. Tepat sekali, seperti dijangkakan, Equanimity telah berlayar mula berlayar dari Pantai Timur US menuju ke Korea Selatan sejak musim panas lepas.

Hentian-hentian utama Equanimity di bulan-bulan lepas

Hentian-hentian utama Equanimity di bulan-bulan lepas

Pelayarannya berakhir di Incheon untuk persiapan pesta mewah buat Jho Low.
Laluan pelayarannya amat menakjubkan untuk sampai ke Korea Selatan dari Pantai Timur US.

Ianya telah mengelakkan pelayaran menerusi Terusan Panama tetapi belayar ke arah utara ke Pantai Atlantic dari pangkalannya di Fort Lauderdale di Florida dalam bulan Mei hingga ke perairan Artic sepanjang pertengahan musim panas.

Ia kemudiannya terus ke Kutub Utara, menerusi Laluan Barat Daya yang terkenal dan biasanya berkeadaan beku di LautanArtic, melewati Greenland dan Alaska dan memasuki Pasifik Utara.

Laluan Barat Daya dari Florida ke Incheon!

Laluan Barat Daya dari Florida ke Incheon!

Laluan menakjubakan ini menjadikan pelayarannya menduduki tempat ke-200 berlayar menggunakan laluan merbahaya yang pernah dilalui sejak dua tahun lalu, terima kasih pada fenomena pemanasan ais di Artic, yang disebabkan oleh pemanasan global.

Keluar dari Lautan Bering di Unalaska

Keluar dari Lautan Bering di Unalaska

Ketibaan kapal layar mewah dengan pemilik bermisterinya telah menarik perhatian beberapa media ketika ianya dilabuhkan di luar Pelabuhan Belanda di Unalaska dalam bulan September lalu.

Media tempatan tidak keberatan menyebut nama Jho Low “jutawan bermasalah” sebagai pemiliknya.

Para wartawan telah memerhatikan bagai mana sehingga 2006 laluan itu beku selamanya dan merbahaya pada sebarang kegiatan pelayaran melaluinya. Empat buah kapal telah berjaya melaluinya dalam tahun 2013 dan bilangannya meningkat kepada 18 buah.

Bongkah ais yang cepat mencair yang disebabkan oleh kegiatan pembalakan yang tidak terkawal yang seterusnya telah menyebabkan keadaan berjerebu di seluruh Borneo dan pemanasan permukaan bumi dengan gas CO2 dan gas-gas merbahaya yang lain akibat pembakaran pokok, tanah gambut dan bahanapi fosil.

Adakah Leonardo akan hadir kali ini?

Adakah Leonardo akan hadir kali ini?

Kapal layar mewah Equanimity, yang dikatakan telah dihiasan dengan elemen-elemen bamboo dan emas ‘sebagai serasi dengan kehidupan kaum Cina’, telah dilihat berlayar menghala ke Selatan, melalui perairan China dan memasuki perairan Jepun, di mana ianya dikemudikan perlahan-lahan, melawat beberapa pelabuhan, termasuk Hiroshima pada minggu lalu.

Pada hujung minggu lalu ianya telah muncul dari lautan Jepun dan merentasi Lautan Kuning menuju ke Korea Selatan, di mana para pemerhati yang kagum yang telah menjangkakan bahawa ianya akan berhenti pada suatu destinasi – pesta Jho Low.

Equanimity menghala ke Laut Jepun dan seterusnya ke Korea akhir minggu lepas

Equanimity menghala ke Laut Jepun dan seterusnya ke Korea akhir minggu lepas

Para jemputannya telah mula tiba dari seluruh dunia. Namun rahsia mengenai kapal layar mewah dan pemilik sebenarnya itu telah terbongkar. Kami berharap pembongkaran ini tidak akan mengganggu pesta yang telah dirancang rapi ini atau menghalang Jho Low, si perahsia itu dari menghadirinya nanti!

Pandang Jamie Foxx dari pesawat peribadinya ketika dalam penerbangannya ke Korea Selatan untuk bertemu di atas kapal layar mewah Jho Low untuk membelanjakan lebih banyak wang atas nama rakyat Malaysia yang miskin dan papa kedana

Pandang Jamie Foxx dari pesawat peribadinya ketika dalam penerbangannya ke Korea Selatan untuk bertemu di atas kapal layar mewah Jho Low untuk membelanjakan lebih banyak wang atas nama rakyat Malaysia yang miskin dan papa kedana

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments