Akhbar Utama Di US Membangkitkan Kemungkinan Inkuiri Kongres Mengenai Urusniaga 1MDB Dengan Goldman Sachs

Perkembangan skandal pada salah tadbir urus dan kehilangan berbillion-billion dari dana pembangunan Malaysia 1MDB telah akhirnya telah hadir di hadapan salah sebuah bank paling berkuasa dan berkontroversi – di Amerika.

Terdahulu para pemerhati 1MDB (termasuk blog ini) telah mempersoalkan kerenah bos Goldman Sachs International di Singapura yang ranggi, Tim Leissner.

Bagaimana boleh 1MDB menerbitkan US$6.5 billion pada tiga urusniaga bon yang berasingan, hanya mengakibatkannya mengalami kerugian lebih US$649 juta sebelum ianya melihat kemasukan sen yang pertamanya, telah menjadi persoalan yang berpusat?

Dan, bagaimana pula Goldman Sachs boleh mendapatkan US$593 juta sebagai yuran dan komisyen kerana mengendalikan tiga urusniaga – secara puratanya lebih 9% sebagai kadar bunga, berbanding dengan kadar di pasaran biasa sebanyak 0.5% untuk perkhidmatan itu?

Kawan saya, Rosmah – oleh Kimora

Kawan saya, Rosmah – oleh Kimora

Pada hujung minggu ini, akhbar di US, the New York Post, telah memperincikan dalam artikelnya mengenai skandal 1MDB itu, dengan menyentuh tentang persaraan Tim Leissner dari jawatannya setelah dikatakan mengambil “cuti”.

Tim Leissner merupakan rakan Karin Najib dan Rosmah dan menjalani gaya hidup mewah, sehingga kini dipacu oleh rekod kerana berjaya membawa keuntungan kepada operasinya di rantau Asia.

Isterinya, Kimora Lee Simmonds, seorang peragawati, telah membuka sebuah kedai pakaian di LA, yang boleh dijadikan alasan pada persaraannya, dengan Tim Leissner meletak jawatannya untuk bersama isterinya dalam perniagaan mereka.

Goldman Sachs, dan juga Tim Leissner sendiri belum lagi memberikan sebarang komen sebagai tindak balas pada tulisan New York Post itu.

Menurut akhbar itu, para pakar perudangan US kini menspekulasikan bahawa urusniaga luarbiasa yang mengaitkan bank berkontroversi itu, yang dikenali sebagai menggunakan taktik campurtangan dalam kalangan orang-orang politik dan pembuat-pembuat keputusan, mungkin berakhir sebagai subjek pada sebuah Inkuiri Congress.

Jika behitu, mampukah skandal 1MDB yang kerdil dari Malaysia itu menjadi tumpuan umum di mana proses rasuah telah membabitkan gergasi perbankan dunia?

Perkara ini, seperti yang telah ditolak oleh Najib sebagai suatu “pengalih tumpuan”, telah menjadi semakin membesar. Dan, sebagaimana dilaporkan oleh NYPost, “ini merupakan suatu malapetaka kepada Goldman”.

Sila ikuti artikel berikut:

Screen Shot 2016-02-14 at 19.03.21Hubungan intim antara Goldman Sachs dan Kerajaan Malaysia kini kembali untuk menghantui badan itu dan salah seorang dari pengerusi rantaunya.

Masalah yang timbul akibat pengembangan skandal itu telah memberi pukulan hebat terhadap bank itu yang melibatkan Tim Leissner, pengerusi Operasi Asia Tenggara bagi Goldman Sachs yang berpejabat di Singapura, yang telah bercuti dan meninggalkan negara itu dan menetap di Los Angeles.

Sebuah dana pembangunan – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) – telah ditubuhkan dengan bantuan Leissner dan Goldman Sachs telah dibayar komisyen yang terlampau tinggi untuk jualan-jualan bon. Kemudian sejumlah $681 juta yang diikat bersama bon itu telah secara misterinya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Pihak penyiasat FBI dilaporkan sebagai sedang menjalankan siasatan ke atas semua pindahan wang dalam usaha mereka ke dalam tuduhan skandal pengubahan wang yang membabitkan lima buah negara.

Menurut seorang pakar perundangan, siasatan-siasatan itu boleh memaksa Goldman Sachs menghadapi cemuhan dalam inkuiri berkongres.

Tim Leissner, 45, yang berkahwin dengan Kimora Lee Simmons,bekas bintang hip-hop, Russel Simmons, menjalani cara dan gaya hidup mewah.

Kimora Lee, seorang ahli perniagaan, pereka fesyen dan bekas peragawatu, telah membuka sebuah butik pakaian di Los Angeles tahun lalu.

Dia juga mempunyai hubungan rapat dengan isteri Najib Razak, Rosmah Binti Mansor.
Sebahagian dari pindahan-pindahan wang dana itu menunjukkan hubungan rapat antara Goldman dengan kerajaan.

Sejumlah tiga jualan bon dari 1MDB pada 2012 dan 2013, kesemuanya berjumlah $6.5 billion, dilaporkan sebagai dikenakan komisyen oleh Goldman Sachs pimpinan Tim Leissner, sebanyak $593 juta, bersamaan dengan 9.1 peratus dari wang yang diterbitkan itu. Biasanya yuran yang dikenakan untuk sesuatu pelaburan adalah 5 peratus.

“Jika ianya melebihi had yang ditetapkan oleh Malaysia untuk para pengurus dana, maka Goldman Sachs akan menguruskan sebarang kesan negatif dari Malaysia nanti,” kata Dick Bove, juru analisa industri perbankan di Rafferty Capital Markets.

Tidak semua orang di Wall Street akan berlagak terkejut.

“Fakta yang diketahui adalah kini terdapat banyak salah laku, dan rasuah yang dilaku dan berlaku jika anda sebuah bank dan ingin memakmurkan perniagaan anda di negara seperti di Malaysia,” kata seorang pengendali veteran. Seorang lagi pemberi komen tentang kes Goldman mengatakan hanya dalam sekelip mata anda dapat lihat ramai “pengurus” yang meraih perniagaan dari Goldman – kesannya, mereka menerima wang sogokan.

Di tengah-tengah kontroversi itu adalah Tim Leissner, yang meninggalkan negara apabila pegawai-pegawai di Malaysia bermula berbuat bising pada Perdana Menteri Malaysia.

Pegawai Kerajaan ingin mendengar lebih banyak jawapan berkenaan sumber $681 juta. Satu dakwa – bahawa wang itu didermakan oleh warga Arab Saudi untuk, kononnya, membiayai penentangan terhadap keganasan ISIS – telah dianggap sebagai pembohongan.

Ramai orang di dalam dan di luar Malaysia tidak berpuas hati dengan penjelasan ramsi dari Kerajaan Malaysia.

“Ramai orang dapat mengesan dan menyedari salah laku itu,” kata Gary Swiman, seorang pegawai dalam EisnerAmper kepada The Post. “Ini merupakan malapetaka kepada Goldman.”

Menurut Swiman, Leissner mampu menjalani gaya hidup seperti seorang bintang rock. “Dia mungkin merupakan salah seorang yang dibayar gaji paling tinggi di Goldman Sachs,” tambah Swiman. “Kemudian mereka menariknya keluar dari Malaysia. Ini merupakan permulaannya. Persoalannya sama ada ini akan menjadi inkuiri berkongres.”
Sebuah emel yang diutuskan kepada Leissner di Goldman dibalasnya dengan mesej:

“Saya kini berada di luar pejabat kerana bercuti dan tiada akses pada mana-mana emel.” Cubaan panggilan ke peti mel suaranya juga tidak berbalas.

Leissner , yang telah bekerja dengan Goldman Sachs selama 18 tahun mempunyai akses pada orang-orang berkedudukan tinggi dalam Kerajaan Malaysia, dijangka telah meraih berbillion-billion dollar dari urusniaga berbantu Goldman yang kemudiannya bertukar menjadi kontroversi, kata seorang pembaca The Post.

1MDB menghadapi kritikan hebat pada masa lalu kerana meminjam sebanyak $11 billion untuk membiayai pembelian-pembelian yang samar-samar. Dan lebih separuh dikatakan berpunca ari jualan-jualan bon yang dibantu oleh Goldman Sachs.

Sehingga kini Goldman Sachs belum lagi me.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments