Mohamed Badawy Al-Husseiny Adalah Penandatangan Untuk Syarikat Aabar Yang Palsu – EKSKLUSIF!

Mohamed Badawy Al-Husseiny – bekas CEO dalam Aabar

Mohamed Badawy Al-Husseiny – bekas CEO dalam Aabar

Sarawak Report kini mempunyai lagi banyak maklumat berkenaan rancangan untuk menipu 1MDB dengan sebuah dokumen yang menunjukkan bahawa bekas CEO Aabar, Mohamed Badawy Al-Husseiny, adalah penandatangan untuk syarikat BVI palsu Aabar Investments PJS Limited, di mana kerajaan Abu Dhabi mengesahkan pada minggu ini adalah tiada kaitan dengan dana kewangan yang menggunakan nama yang sama.

Tambahan lagi, walaupun telah menandatangani sebuah perjanjian atas nama palsu Aabar Investments PJS Limited, adalah jelas bahawa Al-Husseiny telah menggunakan kepala surat asli syarikat Aabar, iaitu Aabar Investments PJS!

Ini bermakna bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, yang dikenali sebagai pembantu bosnya Pengerusi Khadem Al-Qubaisi, bersedia mengambil bahagian dalam penipuan itu, seperti yang dispekulasi oleh Sarawak Report.

Peguam Negara Switzerland semalam mengesahkan bahawa pejabatnya menyiasat kedua-dua lelaki iyu dan kerajaan Abu Dhabi telah diketahui menahan Al-Husseiny dan membekukan dokumen-dokumen perjalanan kedua-dua mereka. Pihak Amerika Syarikat pula telah mengeluarkan permohonan ekstradisi untuk Al-Husseiny, yang merupakan rakyat US dari keturunan Kenya, bulan lalu.

Peranan utama Aabar Investments PJS Limited sudah menjadi jelas, apabila ianya ditimbul sebagai pihak penerima bayaran sejumlah US$3.51 billion oleh 1MDB, dijangkakan mempunyai hubungan dengan jaminan-jaminan dan pilihan-pilihan yang dirundingkan oleh Aabar/IPIC yang tulen dari Abu Dhabi berhubung pinjaman pembelian tenaga dalam tahun 2012.

Pinjaman rasmi itu juga ditandatangani oleh CEO dan Pengerusi yang sama dan ini menunjukkan sudah terdapat konspirasi yang disengajakan, dikembangkan ke dalam kepimpinan kedua-dua pihak (1MDB dan Aabar) bertujuan untuk menyedut wang yang diperolehi menerusi beberapa siri pinjaman yang dirundingkan oleh Goldman Sachs, termasuk, kemudiannya, US$3 billion yang diterbitkan dalam bulan Mac 2013 untuk tujuan membangunkan Tun Razak Exchange.

Ahli PAC, Tony Pua, hari ini telah mengeluarkan perincian pertukaran pandangan antaranya dengan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, berhubung syarikat Aabar BVI yang palsu pada akhir bulan Disember tahun lalu, suatu tempoh di mana Arul cuba elekkan dari menjawab, siapakah pemilik sebenar syarikat itu:

Setelah mengumumkan pada bulan Disember 2015 lalu bahawa dia tetap tidak menyedari pemilikan Aabar Investments PJS (yang telah digulung dalam bulan Jun), Arul memberitahu PAC bahawa syarikat itu berhubung dengan struktur jaminan-jaminan dan pilihan-pilihan berhubung pinjaman yang diterbitkan oleh 1MDB.

Sebenarnya pengeluaran bon oleh Goldman Sachs (di mana SR kini mempunyai sesalinannya) tidak menyebut syarikat yang palsu itu dan hanya merujuk pada Aabar Investments PJS, yang tidak menerima sebarang wang yang dihantar oleh 1MDB.

Tony Pua juga telah menunjukkan bahawa para pegawai 1MDB masih menafikan bahawa ada wang yang hilang selepas syarikat yang mereka bayar itu juga telah dicairkan di BVI pada bulan Jun tahun lepas!

Gugur dari kemuliaan – Mohd Badawy Al-Husseiny sedang menunggu ekstradisinya ke US, namun bolehkah Najib menjadikannya seekor lagi kambing sembelihan?

Gugur dari kemuliaan – Mohd Badawy Al-Husseiny sedang menunggu ekstradisinya ke US, namun bolehkah Najib menjadikannya seekor lagi kambing sembelihan?

Sesalinan dokumen yang diperolehi oleh Sarawak Report merupakan sebuah perjanjian, ditandatanganinya bagi pihak Aabar Investments PJS Limited yang palsu untuk mengambil bahagian dalam pembangunan TRX, yang dimiliki oleh 1MDB.

Para tukang sorak Najib yang kelihatan menyepi sejak beberapa hari yang lalu, tanpa ragu-ragu lagi akan mengambil kira pendedahan terkini ini untuk menentukan jika ada peluang untuk mengenalpasti kambing-kambing sembelihan untuk dikorbankan dalam skandal ini.

Khususnya, adakah berbaloi mengatakan bahawa 1MDB telah menjadi mangsa penipuan dua orang pegawai eksekutif Aabar, di mana syarikat Malaysia itu menganggap yang wang itu telah dibayar kepada dana sebenar Abu Dhabi sebagai pulangan pada perkhidmatan yang ditawarkan?

Arul Kanda – akhirnya dia mengakui bahawa wang telah dicuri, dan mendakwa 1MDB adalah mangsa!

Arul Kanda – akhirnya dia mengakui bahawa wang telah dicuri, dan mendakwa 1MDB adalah mangsa!

Terdapat realiti yang semakin menyerlah, apabila keseluruhan jaringan pindahan wang dari 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi penerima diketahui umum.

Sebagaimana diketuai umum, Najib Razak merupakan pewaris/penerima wang berbillion-billion ke dalam akaunnya, bersempena kehilangan berbillion-billion dan memasuki beberapa syarikat luar negara menerusi pembayaran permulaan kepada kepentingan Aabar Investment PJS Limited (BVI).

Najib Razak telah bersungguh-sungguh mendakwa bahawa putera Arab Saudi yang palsu itu sebagai penyumbang derma, namun masih tidak dapat membuktikannya.

Dia juga mengakui dirinya sebagai tidak bersalah walaupun terdapat pindahan wang berjuta-juta ringgit dalam Malaysia dimasukkan ke dalam akaunnya yang datang dari syarikat SRC. Walaupun Najib telah membelanjakan wang SRC menerusi kad-kad kreditnya, namun Peguam Negara yang baru telah menerima bulat-bulat alasannya bahawa PM tidak menyedari bahawa wang itu telah dibayar masuk ke dalam akaunnya atau bahawa wang itu datang dari SRC.

Para menteri yang menyokongnya seperti Azalina, Abdul Rahman Dahlan dan Salleh Keruak kini dilihat membisu seribu Bahasa mengenai perkara ini.

Namun, dengan tidak semena-mena Arul Kanda telah mengeluarkan suatu kenyataan yang mengatakan bahawa 1MDB mungkin menjadi mangsa penipuan. Arul telah berjanji untuk mengembangkan lagi hujahnya itu esok dan adalah diragui bahawa dua orang pegawai eksekutif dari Abu Dhabi itu akan tampil menyerah diri sebagai pelaku kesalahan dalam skandal itu.

SEbuah dokumen yang didedahkan kepada Sarawak Report adalah sebuah tawaran untuk memasuki perjanjian usahasama pembangunan tanah dengan anak syarikat 1MDB untuk sama-sama membangunkan sebidang tanah di Wilayah Kewangan Antarabangsa KL pada tahun 2012.

Bercakap tentang pembangunan, namun tiada tindakan diambil

Bercakap tentang pembangunan, namun tiada tindakan diambil

Tiada bukti bahawa tawaran ini telah dijelmakan ke dalam sebarang bentuk perjanjian. Sememangnya bon Goldman Sachs yang ditawarkan pada bulan Mac berikutnya untuk menerbitkan US$3 billion untuk 1MDB dengan tujuan kononnya untuk memasuki usahasama dengan Aabar (di mana Sarawak Report kini telah berjaya mendapat salinan penuh, sila lihat di bawah) jelas menunjukkan bahawa semasa pinjaman itu diterbitkan Aabar belum agi mendapatkan saham-sahamnya pada ‘usahasama berstrategik’ yang dicadangkan itu.

Dan sememangnya, tiada bukti menunjukkan sebarang pembelanjaan wang secara serius pada kawasan yang telah lama terbiar itu.

Goldman Sachs telah menggariskan struktur usahasama itu semasa menerbitkan penawaran itu, tetapi mempastikan hanya 1MDB yang menerbitkan wang pada masa itu

Goldman Sachs telah menggariskan struktur usahasama itu semasa menerbitkan penawaran itu, tetapi mempastikan hanya 1MDB yang menerbitkan wang pada masa itu

Menurut Goldman pada masa bon dikeluarkan dalam bulan Mac 2013 Aabar hanya dipertanggungjawabkan untuk membeli saham-saham bernilai US$500 ribu dalam usahasama ADKMIC – jauh kecil dari pinjaman US$3 billion yang diterbitkan oleh 1MDB

Menurut Goldman pada masa bon dikeluarkan dalam bulan Mac 2013 Aabar hanya dipertanggungjawabkan untuk membeli saham-saham bernilai US$500 ribu dalam usahasama ADKMIC – jauh kecil dari pinjaman US$3 billion yang diterbitkan oleh 1MDB

Namun dokumen yang asal dari syarikat abar Investments PJS Limited yang palsu mengandungi kertas-kertas terma yang menggariskan modus operandi dalam urusniaga itu, yang juga dicerminkan dalam perjanjian pembelian tenaga antara 1MDB dan Aabar, yang menurut Arul Kanda bahawa syarikat yang palsu dipelawa untuk menerima bayaran-bayaran untuk jaminan-jaminan dan pilihan-pilihan yang diperolehi oleh Aabar,
Senarai 26 muka surat terma-terma yang dicadangkan dalam tawaran ini menggariskan cerita yang sama berkenaan jaminan-jaminan dan pilihan-pilihan, di mana 1MDB mungkin akan diminta untuk membayar dengan cara yang sama seperti ‘pembelian tenaga’.

Menggunakan kaedah penipuan lama yang sama dalam pengeluaran sebuah ‘jaminan’ untuk separuh dari pinjaman 1MDB sebagai pampasan untuk simpanan US$1.4 billion dalam Aabar yang palsu?

Menggunakan kaedah penipuan lama yang sama dalam pengeluaran sebuah ‘jaminan’ untuk separuh dari pinjaman 1MDB sebagai pampasan untuk simpanan US$1.4 billion dalam Aabar yang palsu?

Yang menariknya, jumlah sebenar US$1.4 billion telah dibayar serta-merta daripada wang yang diterbitkan dalam bulan Mac 2013 untuk membiayai “modal kerja dan bayaran balik hutang” menurut laporan tahunan 1MDB. Baki US$1,56 biilion belum lagi diambil kira. Menurut para pengkritik dana itu.

Dan, sememangnya kertas terma tidak gagal untuk menyebut Aabar yang palsu yang telah diberikan “pilihan-pilihan” yang tidak masuk akal, yang, seperti sebelumnya akan dibeli balik oleh 1MDB.

Kaedah penipuan yang sama dengan memeberikan pilihan-pilihan kepada Aabar yang palsu sebagai pulangan pada ‘jaminan’

Kaedah penipuan yang sama dengan memeberikan pilihan-pilihan kepada Aabar yang palsu sebagai pulangan pada ‘jaminan’

Dengan terdedahnya lebih banyak bukti, jelaslah Arul Kanda dan bosnya Perdana Menteri Najib dalam 1MDB kini akhir melakonkan watak seolah-olah mereka adalah mangsa penipuan paling besar abad ini, di mana Najib telah berjaya mendapatkan wang berbillion-billion ringgit.

Anak pertama Rosmah, Riza Abdul Aziz (kanan) dan Norashman meraikan pelancaran filem keluaran Riza, Wolf Of Wall Street, yanh dibiayai oleh Aabar yang palsu

Anak pertama Rosmah, Riza Abdul Aziz (kanan) dan Norashman meraikan pelancaran filem keluaran Riza, Wolf Of Wall Street, yanh dibiayai oleh Aabar yang palsu

Ya, Pengerusi Aabar Khadem Al-Qubaisi sememangnya telah mendapat habuannya, seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report dahulu.
Hampir setengah billion dollar telah dimasukkan ke dalam akaun bank Edmond de Rothschilde di Luxembourgh dalam tahun 2012 daripada syarikat Jho Low, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited (BAREPL) sebuah syarikat BVI yang ditubuhkan untuk menyamar sebagai sebuah syarikat antarabangsa yang terkemuka dengan nama yang hampir sama.

Namun, turut direkodkan juga bahawa Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menerima bayaran yang banyak dari sumber Blackstone yang sama, di samping berbillion-billion lagi dari jaringan syarikat-syarikat milik Jho Low.

Bolehkah ketiga-tiga pemain peranan utama dalam konspirasi ini, Najib, Jho Low dan Rosmah (yang membiayai filem keluaran anaknya) percaya untuk meyakinkan dunia bahawa mereka kini adalah mangsa “penjenayah Arab dan Kenya” dan bahawa mereka adalah penerima wang yang banyak bersifat baik?

Sebagai sebuah nota kaki, Sarawak Report ingat bahawa para pembaca mungkin berminat untuk melihat beberapa jaminan yang diberikan oleh Goldman Sachs pada pembeli bon mereka pada US$3 billion yang dikeluarkan itu. Mereka menjelaskan bahawa 1MDB adalah sebuah syarikat yang dikendalikan dengan baik. Tiada sebarang komen tambahan lain diperlukan:

Amalan terbaik global

Amalan terbaik global

Dijamin oleh kerajaan … dan juga para pembayar cukai

Dijamin oleh kerajaan … dan juga para pembayar cukai

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments