WSJ Mendedahkan Pengaliran Wang Dari 1MDB Ke Filem Wolf Of Wall Street!

Pada awal 2014 dahulu Sarawak Report telah menerima dua pucuk surat guaman yang panjang berjela-jela daripada syarikat guaman Loeb & Loeb dari Hollywood, menyerang artikel kami, Wall Street Greed Malaysian Money (Wall Street Dibiayai Dengan Wang Dari Malaysia), yang telah mengaitkan antara filem Wolf of Wall Street dengan 1MDB.

Kami telah bertanya beberapa soalan mengenai filem lakonan Leonardo Dicaprio yang bernilai US$100 juta itu.

Bagaimana mudahnya sebuah syarikat pengeluaran filem yang baru ditubuhkan yang diketuai oleh anak tiri Perdana Menteri Najib Razak melabuhkan wang sebanyak itu? Dan bagaimana Jho Low telah secara umumnya dan rapat dengan pembikinan filem itu, kerana hubungannya dengan 1MDB – apakah sememangnya terdapat hubungannya di situ?

Pemberi maklumat dalaman telah sering mengatakan bahawa Jho Low merupakan sumber pembiayaan untuk syarikat perfileman Red Granite Pictures – sebelum Sarawak Report membangkitkan kerisauan umum

Pemberi maklumat dalaman telah sering mengatakan bahawa Jho Low merupakan sumber pembiayaan untuk syarikat perfileman Red Granite Pictures – sebelum Sarawak Report membangkitkan kerisauan umum

Kami juga telah berjaya mendapatkan maklumat mengenai harta-harta bernilai berjuta-juta dollar milik Riza Aziz di New York dan Beverly Hills.

Kami telah bertanya bagaimana mudahnya bekas pekerja bank yang berusia lewat 30-an itu mampu memperolehi semua kekayaan itu?

Syarikat guaman lantikan Riza, Loeb & Loeb, mendakwa bahawa kami tidak berhak untuk bertanyakan soalan-soalan seperti itu.

Apabila Sarawak Report mengabaikan ancaman-ancaman syarikat guaman mengenai kemusnahan sumber kewangan yang bakal kami hadapi, kecuali artikel kami itu ditarik balik, syarikat Loeb & Loeb, kembali lagi dengan lebih banyak ancaman – kali ini dengan surat 7 muka surat.

Sarawak Report memilih untuk mengabaikan ancaman-ancaman ini dengan alasan bahawa kami hanya melaporkan fakta-fakta dan bertanyakan soalan-soalan yang sahih.
Kami telah menambahkan maklumat bahawa isteri kepada seorang rakan peguam dalam Loeb & Loeb, yang mengendalikan kes itu adalah merupakan ‘pengurus harta kekayaan’ kepada Riza Aziz, maka kami bertanya sama ada dia sudi memberikan jawapan kepada beberapa persoalan kami? Wanita itu telah meninggalkan tugasnya dengan Riza dan beralih ke sebuah syarikat agensi utama di Hollywood, dan beberapa hari selepas itu Red Granite dipercayai telah berpisah dengan syarikat Loeb & Loeb.

Dua tahun kemudian ancaman-ancaman terhadap Sarawak Report belum lagi diambil tindakan, maka, dan kini menjadi semakin menarik untuk mengetahui bahawa Red Granite dilihat telah memberikan respon mereka, setelah beberapa bulan disiasat oleh pihak-pihak wartawan, akhbar Wall Street Journal kini menerbitkan bagaimana wang yang dipercayai mengalir dari dana-dana Kerajaan Malaysia telah digunakan untuk membiayai kegiatan-kegiatan syarikat Red Granite milik Riza Aziz itu – sejumlah US$150 juta, menurut dokumentasi mereka.

Mohamed Badawy Al Husseiny kemudiannya mendakwa bahawa dia sendiri secara peribadi telah membiayai filem-filem keluaran Red Granite – menyebabkan Sarawak Report menunjukkan bahawa dia juga turut dikompromikan seperti Jho Low, dengan kedudukannya sebagai CEO dalam Aabar Investments

Mohamed Badawy Al Husseiny kemudiannya mendakwa bahawa dia sendiri secara peribadi telah membiayai filem-filem keluaran Red Granite – menyebabkan Sarawak Report menunjukkan bahawa dia juga turut dikompromikan seperti Jho Low, dengan kedudukannya sebagai CEO dalam Aabar Investments

Kepingan terakhir misteri telah dijumpai yang turut menyelubungi kehilangan wang berjuta-juta dollar dari 1MDB, telah timbul sebagai bukti bahawa wang yang lainnya dahulu mengalir masuk ke dalam sebuah syarikat BVI yang tidak dikenali, Telina Holdings, menurut dokumen-dokumen yang diperolehi oleh WSJ.

Seperti yang tidak dilaporkan bagaimana sejumlah US$2.4 billion yang terbit dari dua urusniaga bon dalam tahun 2012 telah diagihkan untuk syarikat Aabar dari Abu Dhabi, yang dipertanggungjawabkan untuk menjamin pinjaman-pinjaman dan telahpun mendapatkan beberapa pilihan, kemudiannya ‘dijual balik’.

Namun, wang sebanyak itu tidak pernah dihantar ke Abu Dhabi, tetapi dibayar kepada sebuah syarikat BVI palsu yang bernama Aabar Investments PJS Ltd (BVI), yang telah diperbadankan sendiri oleh Pengerusi Aabar, Khadem Al Qubaisi dan timbalannya Mohamed Badawy Al Husseiny (seorang pemegang paspot Amerika yang kini menghadapi permohonan ekstradisi daripada kerajaan Amerika Syarikat).

Kini WSJ telah dapat mengesahkan bahawa wang US$105 juta telah dihantar terus dari Aabar Investments PJS Ltd kepada Red Granite Capital, sementara US$50 juta lagi telah dihantar menerusi Telina Holdings, yang diperbadankan oleh Khadem dan Badawy dari Aabar, dan kedua-dua penyangak itu telah dipecat dari syarikat itu pada tahun lalu.

Grafik bermaklumat yang disediakan oleh Wall Street Journal

Grafik bermaklumat yang disediakan oleh Wall Street Journal

Ini bermakna bahawa Red Granite telah berbohong menerusi para peguam mereka apabila mereka mengeluarkan ancaman-amcaman mereka dan bahawa sebenarnya mereka menerima wang pembiayaan dari Kerajaan Malaysia. Kini Najib dan anak tirinya, Riza Aziz, harus mengheret semua pihak yang telah mereka ancam ke mahkamah – yang telah mendedahkan salahlaku mereka pada 1MDB.

Sementara itu, bank di Luxembourgh, Edmond de Rothschilde telah mengakui bahawa ianya sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa pada bayaran-bayaran ke akaun yang dimiliki oleh Khadem yang berjumlah lebih setengah billion dollar dalam tahun-tahun 2012/2013, yang dipercayai oleh para pihak pendakwaraya, datangnya dari 1MDB menerusi urusniaga-urusniaga bon yang sama itu.

Sila lihat laporan penuh WSJ

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments