Tangkapan Pertama Dalam Skandal 1MDB – Bekas Pengurus Dana Kanan Menghadapi Permohonan Ekstradisi US Di Abu Dhabi EKSKLUSIF!

Al-Husseiny – orang kanan kepada bekas CEO dalam IPIC, Khadem Al-Qubaisi

Al-Husseiny – orang kanan kepada bekas CEO dalam IPIC, Khadem Al-Qubaisi

Tangkapan pertama berhubung skandal 1MDB telah dijalankan pada permohonan kerajaan US, satu langkah untuk menghantar kejutan menerusi pertubuhan politik Malaysia dan beberapa perniagaan di Hollywood dan Las Vegas.

Sumber maklumat daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) di US telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa bekas CEO Aabar, Mohd Badawy Al-Husseiny telah ditahan oleh pihak berkuasa di Abu Dhabi, yang kini sedang memproses permohonan ekstradisi oleh DoJ US, berhubung tuduhan-tuduhan mengenai rasuah dalam 1MDB.

Al-Husseiny yang berasal dari negara Kenya, memegang kewarganegaraan US, walaupun telah berpindah dan menetap di Abu Dhabi.

Ini merupakan tindakan pertama dalam siasatan yang sedang dijalankan di US dan jurisdiksi yang lain sejak beberapa nulan yang lalu, terhadap kehilangan berbillion-billion dollar dari dana pembangunan Malaysia.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang merupakan pemegang tunggal saham di situ dan juga selaku penandatangan dana itu, telah menafikan sebarang salahlaku dalam dana itu.

Sementara itu CEO dalam Aabar (anak syarikat IPIC) sehingga bulan Julai tahun lalu, Al-Husseiny merupakan pemain peranan utama dalam beberapa urusniaga berkontroversi yang membabitkan 1MDB, dari mana berbillion-billion didapati telah hilang.

Dia juga selaku pendepan tebusan hutang terbesar 1MDB, dalam suatu langkah mengejut bulan Jun tahun lalu. Ianya merupakan tindakan terakhirnya dalam jawatannya itu, dari mana dia telah dipecat pada bulan yang berikutnya.

Bergembira tetapi pelaburan yang menghadapi risiko yang tinggi – Virgin Galactica yang dibiayai Aabar Investments

Bergembira tetapi pelaburan yang menghadapi risiko yang tinggi – Virgin Galactica yang dibiayai Aabar Investments

Terdapat banyak persoalan mengenai pengurusan dalam Aabar di mana Al-Husseiny dianggap sebagai orang kanan bekas Pengerusi, penggemar dan pengunjung kelab-kelab mala, Khadem Al-Qubaisi, yang juga merupakan CEO dalam IPIC.

Al-Qubaisi telah dipecat dari semua jawatan pentingnya beberapa minggu di awal bulan April tahun lalu dan setelah dia melarikan diri dari tahanan dalam rumah ke Selatan Peranchis, di mana dia memiliki banyak harta.

Sarawak Report telah mengenalpasti bahawa Al-Qubaisi telah juga dipecat dari beberapa kedudukannya dalam perniagaan dalam masa dua tiga minggu ini – dalam masa yang sama di mana IPIC telah secara misterinya menggugurkan beberapa rujukan pada anak-anak syarikat Aabar (yang ada kaitan dengan Al-Qubaisi) dari laman webnya.

Kesan-kesan dari berita itu telah menyebabkan kehilangan keyakinan yang besar dalam perniagaan-perniagaan yang berkaitan di US.

Penulis komen veteran dari Las Vegas turut menuliskan pemerhatiannya …

Penulis komen veteran dari Las Vegas turut menuliskan pemerhatiannya …

Perkembangan di dalam empayar kelab-kelab malam Hakkasan di Las Vegas, yang dimiliki oleh Al-Qubaisi dan diuruskan oleh seorang CEO British, Neil Moffit, telah menunjukkan rasa panic beberapa jam yang lalu, menurut laporan kenalan-kenalan kita.

Khabar angin yang berkisar di Las Vegas bahawa tiga eksekutif tertinggi, termasuk Moffit, dilihat sudah bersedia untuk meninggalkan tempat kerja setelah disiasat oleh para peguam Al-Qubaisi di New York, syarikat Greenberg Taurig.

Penarikan pantas

Penarikan pantas

Namun terdapat rasa risau di Hollywood di mana Al-Husseiny pula telah mendedahkan dirinya sebagai pelabur utama dalam syarikat perfileman berprofil tinggi yang baru, Red Granite Pictures, yang dimiliki oleh anak tiri Najib, Riza Aziz.

Masa gembira yang telah berlalu – Riza Aziz (kiri) dengan rakaniaganya Joey McFarland dan Jho Low. Sejak itu Riza telah memadamkan bukti-bukti mengenai Jho Low dari akaun Instagram dab juga akaun-akaun media social yang lain.

Masa gembira yang telah berlalu – Riza Aziz (kiri) dengan rakaniaganya Joey McFarland dan Jho Low. Sejak itu Riza telah memadamkan bukti-bukti mengenai Jho Low dari akaun Instagram dab juga akaun-akaun media social yang lain.

Pada masa pengumuman dibuat dalam bulan Ogos 2014 Sarawak Report mempersoalkan tentang percanggahan kepentingan dengan rakaniaga utamanya 1MDB yang melaburkan beratus juta dalam filem-filem yang ditauliahkan oleh anak lelaki pemegang sahamnya.

Bagaimana bekas pengurus dana Abu Dhabi – seorang penjawat awam – memperolehi jumlah wang yang terlampau besar adalah satu lagi persoalan yang tidak berjawab.

Filem blockbuster mereka juga memuatkan nama Jho Low pada kredit di bahagian akhir filem itu.

Pembiayaan filem keluaran Riza itu diketahui umum, sebaik sebelum Red Granite Pictures melancarkan blockbuster arahan Scorcese yang berikutnya, The General, sebuah drama biografi wira Amerika George Washington, dibintangi Leonardo di Caprio, rakan pesta dalam kalangan kenalan-kenalan Jho Low.

Bergambar bersama pengarah filem Martin Scorcese

Bergambar bersama pengarah filem Martin Scorcese

Urusniniaga Al-Husseiny dengan jutawan penyangak, bekas majikannya Al-Qubaisi dan kenalan perniagaan mereka Jho Low akan berkemungkinan besar menjadi agenda penyoalan para penyiasat.

Aabar, suatu ketika dahulu merupakan pelabur dengan asas ekuitinya berjumlah US$70 billion, dilihat telah kehilangan banyak wangnya. Ianya telah berusaha membuat pinjaman yang besar dalam beberapa minggu sebelum ini, di London, untuk menampung komitmen mereka pada 1MDB – pihak berkuasa di Abu Dhabi mungkin akan tertanya-tanya.

Pihak-pihak berkuasa di US mungkin lebih berminat pada pelaburan peribadi yang bernilai besar ke atas hartanah dan pelaburan-pelaburan para pemain peranan, terutama mengenai rumah-rumah penthouse di New York dan rumah-rumah di Beverly Hills, termasuk rangkaian pelaburan pada Hakkasan yang diuruskan oleh Moffit.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments