Rakyat Malaysia Diberi Amaran Mengenai ‘Pembohong Bersiri’ Clare Rewcastle-Brown
Huan [Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PSM)] mengatakan Brown telah selama beberapa tahun ini “menyebarkan pembohongan” dan sering “bercanggah” dalam kenyataan-kenyataannya, dengan menjadikan 1MDB, bekas Ketua Menteri Malaysia Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud dan industri Kelapa Sawit Malaysia sebagai “mangsa-mangsanya”.
Salah Satu dari percanggahan kenyataan Brown, menurut Huan, adalah penafiannya pada tahun 2011, menurut Global News Kanada, bahawa dia menerima sebarang wang daripada ahli politik Malaysia dan bahawa pendermanya adalah dari kalang “orang-orang Eropah yang bukan bermotoifkan politik”.
“Dua tahun kemudian (2013), Dasar Luar Negara melaporkan bahawa “pembiayaan untuk siaran radionya, menurut Brown lagi, datangnya dari penderma Eropah yang ingin namanya disembunyikan’; para pendengar siarannya juga mengirimkan sumbangan mereka menerusi laman webnya.
“Lagi dua tahun kemudian, Brown telah mengubah nadanya.
“The Sun Daily melaporkan, ‘Clare mengatakan bahawa Radio Free Sarawak (RFS) dibiayai oleh sebuah yayasan bereputasi Eropah yang memfokuskan pada isu-isu hutan hujan. Kami juga menerima … sumbangan-sumbangan kecil dari orang-orang perseorangan… menerusi laman derma dalam laman web kami’,” kata Huan dalam tulisannya di sebuah blog hari ini.
Huan seterusnya menuduh bahawa dalam realitinya, kerajaan-kerajaan di Eropah telah membiayai banyak organisasi bukan kerajaan dan “pejuang-pejuang alam sekitar” termasuk The Forest Trust, World Wildlife Foundation (WWF) dan Greenpeace.
“Semua yang telah melobi secara mengelirukan untuk menentang pekebun-pekebun kelapa sawit dan industri-industri perkayuan Malaysia. Yang buruknya, mereka mendakwa diri mereka sebagai menyokong industri-industri itu di belakang, mereka bekerja dalam penyamaran dalam usaha mereka mengurangkan pengeluaran.”
… “dia merupakan pembohong bersiri dan mudah diberkas jika seseorang menggariskan semua kenyataan-kenyataannya yang bercanggah.
“Di bawah selimutnya yang bersifat berjuang untuk alam sekitar, Clare Brown menyebarkan pembohongannya mengenai sasarannya dan mengecam sesiapa yang berani menentang pandangannya.
“Saluran komunikasinya adalah laman blog jahatnya, Sarawak Report dan media sosialnya yang penuh dengan agenda jahatnya, jauh dari kempen sejatinya yang didakwanya sebagai untuk kebaikan manusia sejagat.”
Mengapakah orang-orang seperti ini ingin berdiri dan bersikap bodoh?
Dua tahun lalu kami pernah berkata bahawa kami membiayai stesen radio kami ini, terima kasih pada seorang dermawan Eropah yang tidak ingin terbabit dengan mana-mana individu yang bodoh, maka dermawan itu ingin terus menyembunyikan identitinya sendiri.
Dermawan itu telah menubuhkan sebuah yayasan, yang sebahagiannya difokuskan pada isu hutan hujan dan juga gejala rasuah, yang dengan sendirinya menjelaskan sokongannya pada Radio Free Sarawak.
Kini kami menambahkata bahawa kami terus mendapat faedah dari sumbangan derma yang kecil-kecil dari mereka yang perihatin. Bagaimana pula ini menjadikan kami pembohong bersiri?
Tuduhan Huan secara keseluruhannya itu tidak benar dan tidak bersokong, mengatakan kami dibiayai oleh kerajaan-kerajaan Eropah yang ingin melemahkan perniagaan kelapa sawit!
Bingo, maka Huan merasa gembira kerana dia sendiri seorang pembohong, sambil menuduh orang lain.
Sememangnya bajet kecil kami bukannya datang dari wang awam yang dicuri atau diperolehi secara haram. Sesiapa sahaja berhak sepenuhnya untuk menyokong projek kami ini.
Jika terdapat apa-apa yang tidak sah yang kami lakukan tidakkah kami membayangkan pengganggu-pengganggu bodoh ini telah lama menyerang kami menerusi mahkamah?
Orang ramai harus berhati-hati dengan sesiapa yang ‘buat-buat pandai’ (dari kalangan orang yang tidak dapat mengeja dengan betul)!