Menganiaya Para Penunjuk Perasaan Bukanlah Sifat Sebuah Negara Yang Berdemokrasi

Example – do not delete this tab. Used for displaying Talkbacks in functions.php

Tab one

Tab two

Menteri yang baru dilantik Salleh Said Keruak telah menggesa golongan pembangkang untuk belajar dari rakan-rakan mereka di Britain dan jangan menghasut rakyat mengadakan tunjuk perasaan ataupun perarakan haram di jalanan.

Menteri komunikasi dan multimedia juga memberi amaraan bahawa perarakan jalanan dan keganasan akan mengundang bahaya.

Dalam sebuah tulisan dalam blog, Salleh Keruak memberitahu bagaimana kerajaan Britain telah menjual 5.4 peratus dari saham-saham yang mereka miliki dalaam Royal Bank Scotland (RBS) pada harga £3.30 sesaham, yang dibelinya tujuh tahun dahulu pada harga £5 sesaham.

Dia mengajak pembacanya mengingat kembali bagai mana kerajaan Britain telah dipaksa menebus RBS dari tanggungan hutangnya dalaam tahun 2008 pada harga £45 billion, dan memberikannya akses pada dana-dana yang murah untuk mengapungkannya. Namun, selepas tujuh tahun bank tersebut masih belum memberikan pulangan yang diharapkan.

Salleh berkata tindakan terkini yang telah mengundang kritikan para pembangkang, yang mengatakan bank berkenaan harus dijadikan entiti milik negara selain diswastakan.

Golongan pembangkang, menurutnya lagi, juga mempersoalkan keputusan kerajaan untuk melupuskan £1 billion dalam penjualan itu.

‘Pembangkang harus lebih bertanggungjawab’

“Alasan saya membangkitkan ini adalah untuk perhatian anda bahawa perkara-perkara tertentu tetap berlaku, walaupun di negara-negara yang lebih maju dan telus seperti Britain. Dan seharusnya, ianya bukan merupakan kehilangan multi billion pound yang telah mengakibatkan kehilangan buat kerajaan Britain.

“Namun pihak pembangkang Britain, walaupun mereka menentang tindakan kerajaan, mereka tidak menyuruh rakyat untuk menggunakan tunjuk perasaan dan keganasan supaya kerajaan boleh menghalangnya secara kasar.

“Mereka tetap tidak bersetuju dengan kerajaan tetapi mereka boleh melihat perkara itu secara keseluruhan dengan sikap yang matang,” katanya.

Salleh Said Keruak berkata inilah masanya bagi pihak pembangkang Malaysia, menjadi lebih matang dan tidak menggunakan ancaman sebarang perbezaan pendapat dengan kerajaan dengan mengadakan tunjuk perasaan dan perarakan di jalanraya.

Menteri baru Salleh Said Keruak ini yang telah terhutang budi dengan Perdana Menteri kerana telah membantunya suatu ketika dahulu mengadakan rampasan kuasa pada partinya sendiri suatu ketika dahulu, tidak seharusnya mengeluarkan hujahnya berhubung soal demokrasi.

Dia telah cuba memberanikan dirinya mengelirukan rakyat Malaysia dengan mendakwa bahawa pihak pembangkang dan masyarakat sivil di Britain adalah terlalu “matang” untuk menggalakkan bantahan secara aman terhadap langkah-langkah pemulihan yang diambil oleh kerajaan mereka.

Tunjuk perasaan secara aman merupakan darah-daging dalam sistem demokrasi Britain.

Sebagai pilihan terakhir bagi mereka yang telah gagal mengadakan tunjuk perasaan di negara-negara mereka sendiri telah mengadakan tunjuk perasaan di jalan-jalanraya di Britain untuk menyampaikan pesanan mereka ke tanahair mereka.

Tindakan pihak polis menjaga para penunjuk perasaan (di UK, pihak polis bertanggungjawab MENJAGA kebajikan para penunjuk perasaan) adalah terlalu besar. Namun pihak polis UK amat mengetahui sikap dan sifat para penunjuk perasaan.

Perarakan-perarakan secara besar-besaran di kota London dalam beberapa keika ini termasuk perarakan anti-penjimatan dalam bulan Jun tahun ini, apabila ratusan ribu penduduk London menunjuk perasaan di jalan-jalanraya di London.

Dan pada akhir tahun lalu ribuan pelajar telah bangkit menentang penjimatan di Medan Parlimen, sementara gerakan Tawan Wall Street telah berkampung selama berbulan-bulan di kota London suatu ketika dahulu.

Membenarkan rakyat kebanyakan menyuarakan isi hati mereka adalah makna sebenar “demokrasi yang matang”.

Sementara berkhutbah mengenai “bahaya-bahaya” atau mengutuk cara yang tidak sopan berhubung ‘kuasa pembangkang yang tidak bertanggungjawab’ hanya merupakan penunjukan sikap kurang matang seorang pemimpin berdiktator.

Dengan cuba membandingkan jenayah dalam kehilangan berbillion-billion dollar dari dana pembangunan dengan kejayaan penjualan RHB (yang telah diselamatkan dari terus jatuh pada tahun 2008), menteri ini masih menganggap rakyat Malaysia itu bodoh-bodoh belaka.

Mereka harus membuktikan bahawa menteri itu silap.

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

Scroll to Top