Penyakit Gila Semakin Menjadi-Jadi Di Pejabat SPRM Yang Tidak Berketua

Example – do not delete this tab. Used for displaying Talkbacks in functions.php

Tab one

Tab two

Pihak SPRM telah mendapat penjelasan daripada sumber bahawa RM2.6 billion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Namun suruhanjaya itu berkata mereka tidak boleh mendedahkan identiti penyumbang, yang kononnya berasal dari negara Timur Tengah.

“Pihak SPRM telah mendapatkan butir-butir diri penderma dari dokumen-dokumen bank dan menemui empat pucuk surat yang dikemukakan kepada bank itu apabila sejumlah besar wang itu telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

“Dalam dokumen-dokumen itu, dinyatakaan bahawa RM2.6 billion merupakan sumbangan derma,” menurut kenyataan dalaam dokumen itu.

Suruhanjaya itu mengatakan mereka akan menyoal perdana menteri untuk mendengar cerita dari pihaknya.

Kenyataan itu tidak ditandatangani oleh mana-mana pegawai. Pengarah SPRM Abu Kassim Mohamed kini sedang bercuti mana kala timbalannya Mohd Shukri Abdull kini sedang berada di luar negara.

Kenyataan pihak SPRM itu pada hari ini menyokong video yang dibocorkan di mana bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin mengatakan Najib telah mengakui menerima RM2.6 billion dari sebuah sumber dari Timur Tengah.

Setakat ini Najib belum menafikan telah menerima wang sebanyak itu, tetapi hanya menyebut bahawa dia tidak pernah menggunakannya untuk kegunaan peribadi.

Hanya semalam juru-jurucakap dari SPRM yang tidak dinamakan dan tidak berketua itu telah mengumumkan bahawa RM2.6 billion bukan sebahagian dari siasatan mereka dalam pasukan penyiasatan mereka itu.

Namun beberapa jam kemudian pegawai-pegawai mereka yang sama juga mengumumkan bahawa mereka telah dapat “membersihkan” nama Perdana Menteri berhubung wang berjumlah RM2.6 billion itu.

Dalam pada itu beberapa orang rakan pegawai kanan mereka, yang telah dituduh ditugaskan menyertai pasukan penyiasatan itu, telah ditangkap, ditahan dan disoal oleh pihak polis – dituduh kerana membocorkan sebuah dokumen yang pada mulanya didakwa sebagai telah diganggu.

Dokumen ini telah dibuat oleh Pejabat Peguam Negara – iaitu surat pertuduhan menentang Perdana Menteri.

Surat pertuduhan ini sememangnya tidak berkait dengan wang RM2.6 billion yang bermisteri itu, yang disiasat oleh beberapa orang pegawai SPRM tanpa nama dan tanpa ketua (bagi membolehkan mereka mengumumkan bahawa penderma itu dari Timur Tengahn dan kemudiannya “membersihkan” nama PM).

Kertas pertuduhan itu adalah mengenai perkara yang berlainan, salah satu darinya di mana pihak SPRM telah mengumumkan bahawa mereka diarahkan untuk menyiasat sejumlah wang yang dikeluarkan dari SRC International yang dibiayai menggunakan wang awam yang dihantar ke akaun PM yang satu lagi – iaitu bayaran berjumlah RM27 juta pada Disember lalu.

Bolehkah pihak SPRM mengumumkan penemuan-penemuan terbaharu mereka mengenai perkara SRC International ini, yang telah menjadi bahan siasatan mereka seperti dilaporkan kepada mereka, selain mengumumkan tentang RM2.6 billion yang baharu sahaja muncul secara tiba-tiba, dan kami menuntut sedikit ketekalan dalam perkara ini.

(Kami faham bahawa masa adalah terlalu menekan, kini dengan pihak polis baharu sahaja selesai menggeledah SPRM untuk menyoalsiasat pegawai-pegawai berhubung kertas pertuduhan yang dibocorkan, yang kini kami anggap sebagai asli dan tulen mengapa Peguam Negara Abdul Gani Patail telah dilucutkan jawatannya beberapa hari lalu).

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

Scroll to Top