‘Rancangan Jahat Yahudi’ Lagi….

Example – do not delete this tab. Used for displaying Talkbacks in functions.php

Tab one

Tab two

Ketua UMNO cawangan Sri Gading Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengatakan Allah telah mengarahkan umat Islam untuk akur pada pemimpin-pemimpin mereka, namun pihak Yahudi dan kaum Mat Salleh selalu mencuba untuk menggagalkan arahan ini.

“Kata Allah, taatilah Allah, nabimu dan pemimpinmu yang telah diberikan kuasa dari kalangan kamu. Pemimpin kita adalah Najib, maka dengan itulah saya melindunginya.

“Namun jika ada yang di bawah pimpinan kita enggan mendengar kata-kata pemimpin, mereka lebih suka mendengar sesuatu dari kaum Yahudi, kaum Mat Salleh, WSJ, dan Sarawak Report, apakah akan terjadi pada umat Islam?

“Umat Islam akan musnah,” katanya semasa mesyuarat agung tahunan cawangan parti itu di Parit Raja, Johor, hari ini.

Aziz, yang juga timbalan menteri pengangkutan, menggesa kaum Melayu tidak akan mudah memasuki perangkap Yahudi dan orang kulit putih menerusi “pembohongan” yang diterbitkan oleh Sarawak Report yang berpejabat di London dan WSJ yang berpejabat di New York.

“Kita ingin bertanya, apakah tujuan kaum Yahudi dan orang kulit putih dari London dan New York, yang memfitnah pemimpin kita?

“Saya amat yakin bahawa tujuan ini adalah untuk memusnahkan umat Islam, kaum Melayu di Malaysia.”

Menurutnya media Barat juga berekongkol dengan parti pembangkang DAP untuk merampas kuasa dari orang Melayu.

“Jangan mudah masuk perangkap media Barat. Mereka mempunyai tujuan mereka sendiri, mereka bekerjasama dengan DAP untuk mengalahkan kita pada pilihanraya ke-14 ini.

Aziz sepatutnya memberitahu kita mengapa Malaysia menuntut dirinya sebagai sebuah negara berdemokrasi dan mengapakah pilihanraya perlu diadakan?

Sudah tentu perkara-perkara itu akan menyebabkan Allah marah, menurut ajarnnya?

Lagi pun, tanggungjawab keagamaan setiap orang adalah untuk mentaati sesiapa yang menjadi pemimpin mereka (tidak kira bagaimana cara mereka mencapai kedudukan itu) dan tiada siapa yang harus mempersoalkannya, maka pilihanraya-pilihanraya itu mewakili sesuatu yang tiada kesopanan.

Pandangan Aziz mengenai Malaysia agak berbeza dengan pandangan orang lain dari komuniti antarabangsa. Di samping kebanyakan orang Yahudi secara menyedihkan tidak mengenali apakah kaum Melayu itu, namun Aziz tetap yakin bahawa terdapat rancangan jahat untu melemahkan kaum Melayunya.

Alasan-alasan konspirasi ini tidak mudah dicerahkan oleh Aziz. Kenapa harus ‘kaum Yahudi’ mengupah ‘orang putih’ di Sarawak Report untuk melemahkan orang-orang Melayu khususnya – tidakkah mereka mempunyai isu-isu yang lebih menekankan?

Dan bagaimana artikel-artikel Sarawak Report mempunyai sebarang kesan jika artikel-artikel itu tidak benar belaka?

Sebenarnya Najib sendiri yang telah melemahkan kerajaan pimpinannya dengan mengambil langkah-langkah bahawa dia telah mendapati amat sukar untuk pertimbangkan kini yang telah diketahui dan dibuktikan mereka.

Dan sememangnya Najiblah pemimpin yang telah mengupah ‘Yahudi’ perbankan, yang menyebabkan Malaysia dikenakan yuran yang terlampau tinggi ke atas transaksi mencurigakan bagi pihaknya.

Aziz sebenarnya telah memalukan kaum Melayu yang baik dengan tuduhan-tuduhan yang lahir dari fikiran sempitnya, dan bahawa majoriti kaum Melayu yang baik ini tidak seharusnya mempedulikan kata-kata pemimpin seperti Aziz.

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

Scroll to Top